Anak beri ‘petanda’ 40 hari sebelum kematian
KEHILANGAN insan tersayang sudah pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada kita, apatah lagi jika ia melibatkan anak yang dikandung selama 9 bulan dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang.
Begitulah yang dialami oleh seorang wanita, Sanehah Sulaiman yang kehilangan anak perempuannya, Nur Syifa Zara, 5 akibat ‘anemia aplasia, iaitu sejenis penyakit apabila sum sum tulang gagal menghasilkan sel darah.
Lebih sayu, Nur Syifa Zara yang mesra disapa Ara memberi petanda dalam tempoh 40 hari pemergiannya buat selama-lamanya.
Ikuti kisah daripada Sanehah Sulaiman, yang dikongsikan menerusi Majalah Keluarga di bawah:
Zara selalu cakap yang dia akan ‘pergi’
Selama 30 hari Zara cakap, “Ara dah nak pergi ni ummi…”
Tanda pertama 40 hari, maka bermulalah kiraan 40 hari menghadapi pemergian Nur Syifa Zara.
“Selepas Asar, antara Asar dan Maghrib dia beritahu saya sakit pusat macam dicucuk jarum. Tiga hari berturut-turut dia alaminya.”
Zara beritahu dia berasa sakit di bahagian pusat di wad. Lepas seminggu keluar wad, dia cakap pada semua jururawat yang dia akan balik kampung.
Selepas itu, setiap hari menjelang senja dia akan beritahu nak balik dah. Walaupun masa tu kat rumah, dan bukan di wad. Sejak itu, saya sebagai ibu faham maksud Zara.
Setiap hari dia akan kata macam ni, “Ara dah nak pergi ni Umi.”
Bila duduk diam-diam je, ayat ini akan keluar. Katanya dia akan pergi main di taman dengan kawan-kawan. Saya dan abah serta adik tak boleh ikut.
“Umi, pak cik tu ikut kita lama dah. Sampai balik sini pun dia ikut…”
15 hari sebelum arwah Zara pergi dijemput Ilahi, kami balik kampung sebab mak mentua saya meninggal dunia. Sewaktu di perhentian bas, dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Dia tanya saya, “Umi, pak cik tu ikut kita lama dah. Sampai kita balik sini pun dia ikut.”
Masa itu senja selepas asar. Dia tunjuk ke arah satu surau berdekatan terminal bas. Tapi saya tak nampak siapapun. Sehinggalah Zara dimasukkan semula ke wad pada 12/12/2018, dia masih cakap pak cik yang sama ikut dia, nak bawa Zara pergi taman.
Apabila dengar Zara cakap macam tu, saya faham dan cuba istighfar. Saya didik hati untuk redha setelah dengar tanda yang Zara tunjukkan di wad.
Masa itu, Zara demam dan setiap kali selepas asar, dia mesti suruh buka langsir. Katanya, ada abang hijau. Setiap hari selama tiga petang berturut-turut.
Umi jangan risau, Ara ramai kawan kat sana!”
Hari ketujuh bersama Zara.
Selepas Asar, permintaan Zara masih sama. Saya kena buka langsir tingkap. Katanya, abang putih datang melawat dia, iaitu seminggu sewaktu dia tengah tenat.
Pada waktu siang Zara akan banyak tidur, dan bila malam dia akan kejutkan saya, minta saya berselawat untuknya sampai pagi. Katanya, bila saya selawat akan dapat hilangkan sakit dia.
Sejak itu, bila dia sakit dia suruh saya berselawat untuknya. Sambil itu dia akan cerita kisah taman-taman dia.. taman salji, taman bola, taman mainan, dan banyak kawan.
Dia juga pujuk saya, “Umi jangan risau, Ara ramai kawan kat sana.”
Ayatnya masih juga sama, “Umi tak boleh ikut. Ara pi dengan kawan-kawan je.”
Waktu itu, saya dapat hidu rambut Zara, wanginya. Mulut Zara, ya Allah.. sungguh wangi. Sedangkan sudah seminggu Zara tak mandi.
Seminggu sebelum dia pergi, dia dah beritahu saya yang dia akan balik, dan minta saya jangan menangis.
Sayunya bila dia kata, “Nanti dah tak payah datang hospital lagi, tak payah jumpa nurse lagi, tak payah buat grab lagi. Sebab Ara dah nak pergi.”
Umi, macam mana Ara nak pergi ni. Dah rosak semua…
Permintaan Zara pada dua hari terakhir.
Zara minta saya bersihkan badan dia. Bersihkan semua pelekat hospital yang ada sisa getah gam sambil dia merungut.
Dia pegang dada dekat bekas operation tu. “Macam mana Ara nak pergi ni. Dah rosak semua. Dah tak cantik dah.”
Abah dia jawab, “Ara anakku. sayang kat sana nanti, Ara akan tetap cantik. Semua ini akan hilang sayang.”
Baru dia tersenyum, “Ya Allah, manisnya senyuman dia masa itu. Seri muka dia… bau badan dia.”
Tapi kami berdua berpelukan menangis semahunya sebab kami tahu waktu itu akan tiba.
.
Umi, nanti buat kenduri hari Jumaat ye!
Hari Jumaat terakhir Zara, adalah hari raya untuk anak ummi Nur Syifa Zara.
Nur Syifa menghembuskan nafas terakhir di hospital pada malam Jumaat, 28 Disember 2018. Malam itu, ummi terus membawa jenazah pulang, kerana sebelum pemergian arwah pernah beritahu, sebelum pergi taman, Ara nak balik rumah dulu. Nak tukar baju dulu.
Ya, baju putih untukmu sayang.”
Zara ada beritahu, hari Jumaat adalah hari raya untuk Zara.
Umi buatlah kenduri hari Jumaat tu. Umi buatkan kuih. Kenduri tu cuma untuk abang-abang (lelaki) saja.”
Ya, memang hari Jumaat tu hari raya dia. Zara dikebumikan pagi Jumaat, dan memang hari tu pada solat Jumaat buat kenduri.”
Persiapan kenduri itu, saya dan kawan-kawan dah sediakan pada hari Rabu lagi. Kawan dah tempah kuih semua. Sebab hari Selasa malam Rabu, dia dah beritahu dia akan pergi malam Jumaat tu.
Suami berhenti kerja, untuk temani hari terakhir bersama Zara…
Hari Rabu tu, suami balik rumah siapkan apa yang patut. Ambil kain batik tak jahit dan sebagainya. Sebab Zara dah beritahu setiap suatu perjalanannya, senang untuk kami sediakan.
Hati tak payah nak cakap… selama 40 hari saya menangis. 40 hari itu saya berendam air mata. Saya cuba redha dan rela. Dalam tempon itu, kami tak pernah berenggang langsung. Sampai suami saya berhenti kerja mahu hargai masa yang ada dengannya.
Kami nak bersama dengannya hingga hembusan nafas yang terakhir. Setiap saat amat berharga buat kami.”
Hampir 2 bulan suami berhenti kerja, dan sekarang baru kerja kembali. Ini permulaan yang baru buat kami. Sedih hanya Allah yang tahu. Macam mana pun saya kena kuat, demi anak kedua.
Saya akan cari kerja nanti. Nak kumpul duit, siapkan kubur arwah. Insya-Allah kami nak letak rumput dan tulis nama je. Bukan buat binaan kekal. Doakan kami murah rezeki ya.”
Sumber : cempedakcheese.com
Sumber Anak beri ‘petanda’ 40 hari sebelum kematian
0 Response to "Anak beri ‘petanda’ 40 hari sebelum kematian"
Post a Comment