Selebriti Terkenal, Almy Nadia Salahkan Netizen Apabila Paksa Dirinya Kurus Sehingga Susu Badan Kurang?



Menerima pelbagai kritikan kerana bentuk badannya yang berisi berbanding ketika zaman anak dara, pelakon Almy Nadia sudah tekad untuk menguruskan badan sebaik sahaja selepas beliau bersalin anak ketiganya.



Masih dalam proses berpantang, Almy sangat menjaga diet sehariannya termasuklah tidak mengambil garam, gula dan mengurangkan pengambilan karbohidrat.



Namun, Almy menerusi akaun Instagramnya memberitahu susu badan berkurang selepas berpantang secara sihat. Bukan itu yang menjadi isunya, tetapi kapsyen Almy seakan menyalahkan netizen.



Bagaimanapun, rata-rata netizen kembali membidas kenyataan Almy. Untuk apa terlalu tertekan memikirkan percakapan dan kritikan orang.






Tidak pasti apakah maksud Almy yang beliau harus tetap teruskan misi kurus untuk ditujukan kepada mata-mata dan hati jahanam. Apa-apa pun, memang bukan mudah untuk menurukan berat badan dan ada kalanya memang akan rasa tertekan.

Artikel menarik lain

Keguguran Berulang Kali, Isteri Terkena Buatan Orang – Jamal Abdillah



Mengalami keguguran beberapa kali, penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah mendedahkan isterinya, Zai Izatti sukar untuk hamil kerana terkena buatan orang.

Jamal berkata, mungkin sihir itu ditujukan kepadanya tetapi isterinya pula yang menerima tempiasnya sehingga badan Izzati semakin kurus selain mengalami pendarahan tanpa henti sejak beberapa bulan lalu.

Kalau ditanya tentang keinginan memiliki zuriat, memang saya teringin sangat walaupun cuma seorang. Akan tetapi, isteri sudah banyak kali keguguran selain mengalami tanda merah-merah pada badan.  

Mungkin orang yang menghantar ilmu hitam itu tujukan kepada saya tetapi terkena kepada isteri. Saya sangat kasihan kepadanya sebab sekarang badannya makin kurus. Orang mahu pedajal saya tetapi dia yang kena.



Menurut Jamal, beliau sudah berusaha pelbagai cara untuk mengubati isterinya termasuk berjumpa dengan doktor tetapi masih tiada sebarang perubahan. Rawatan tradisional juga tidak berhasil.

Walaupun dalam zaman moden ini, kita harus percaya masih ada lagi manusia yang tidak senang melihat orang lain bahagia dan menggunakan  sihir. Apa-apa pun, kami harap Jamal dan isteri tabah menghadapi dugaan ini. Jangan mudah putus asa.

Sumber Berita : Kosmo

Kredit Foto : NSTP/ROSELA ISMAIL

Artikel diambil dari beautifulnara.com


Sumber Selebriti Terkenal, Almy Nadia Salahkan Netizen Apabila Paksa Dirinya Kurus Sehingga Susu Badan Kurang?

0 Response to "Selebriti Terkenal, Almy Nadia Salahkan Netizen Apabila Paksa Dirinya Kurus Sehingga Susu Badan Kurang?"

Post a Comment