Presiden Azih Muda berkata kakitangan kontrak lantikan politik terkesan mungkin tiada kepentingan kepada kerajaan baru.
PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini berkata 17,000 kakitangan lantikan politik yang diberhentikan perlu berlapang dada dengan perubahan pentadbiran.
“Mungkin pekerja-pekerja ini dulu dia buat kerja-kerja untuk pihak yang sana kan (Barisan Nasional). Jadi mungkin dia tak memberi kepentingan pihak yang baru (Pakatan Harapan). Risiko tetap ada,” katanya.
Terdahulu, Putrajaya mengumumkan akan memberhentikan 17,000 kakitangan kontrak lantikan politik dalam usaha menurunkan perbelanjaan kerajaan kerana banyak pembaziran dalam perkhidmatan awam.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata kakitangan bergaji rendah seperti pemandu tidak akan disingkirkan.
Azih berkata, mereka yang akan diberhentikan itu perlu menerimanya sebagai satu ujian sebelum bulan puasa yang bermula esok dan berterima kasih atas keputusan mengekalkan kakitangan kontrak bergaji rendah.
“Ini kerana mereka nak raya dan berhadapan bulan puasa dan keperluan untuk anak-anak. Jadi kalau Dr Mahathir sendiri dah menyatakan akan memberikan pertimbangan kepada perkara itu, alhamdulillah,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Malaysia J Solomon berkata, pihaknya belum didatangi mana-mana kakitangan lantikan kontrak yang terkesan dan oleh itu belum boleh mengulas status mereka.
Dalam masa yang sama, Solomon sebenarnya tidak mengalakkan pelantikan kontrak kerana “keselamatan pekerja kontrak yang tidak pasti.”
“Bagaimanapun, kami mengalu-alukan pengekalan pekerja yang bergaji rendah oleh perdana menteri,” katanya.
Putrajaya mahu pecat 17,000 pekerja kontrak kerana pembaziran
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
Sumber Ceupacs: Lantikan politik perlu berlapang dada keputusan kerajaan
0 Response to "Ceupacs: Lantikan politik perlu berlapang dada keputusan kerajaan"
Post a Comment