Bekas teman lelaki Nuralya Damia ditahan

Susulan penemuan mayat seorang pelajar perempuan Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) dipercayai dibunuh di kawasan semak di Taman PD Permata jam 10.30 malam tadi, polis telah menahan seorang lelaki pelajar lelaki dari kolej yang sama dipercayai bekas teman lelaki mangsa. 
Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, DSP Mohd Faisal Mohd Noor berkata, anggota forensik menemui kesan jerut pada leher mangsa, Nuralya Damia Mohd Hairi, 19,  dan dipercayai dibunuh. 
Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 
Sementara itu, rakan sekelas mangsa, Syarifah Noor Shahira Sheikh Mohd Zain, 19, berkata, mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap yang ganjil sebelum ini kecuali berubah menjadi periang. 
"Dia sangat ceria sebelum ini. Kali terakhir saya menemuinya semasa kelas petang semalam, arwah sangat riang sehingga ditegur oleh pensyarah kami yang turut hairan dengan kelakuannya itu. 
"Arwah merupakan seorang yang baik," katanya.
Kesemua rakan sekelas mangsa terkejut dan sedih apabila mengetahui kejadian yang menimpa mangsa yang merupakan penuntut tahun akhir jurusan Diploma Sistem Komputer dan Rangkaian KVPD. 
"Kami segera ke tempat kejadian apabila menerima maklumat mengenai kejadian ini dan tidak menyangka ia boleh menimpa (Nuralya) Damia kerana setahu kami dia tidak mempunyai masalah dengan sesiapa," katanya.
Rakan serumah mangsa, Ain, 19, sebelum kejadian, mangsa ada memaklumkan dia ingin menemui seorang rakan lelaki yang juga merupakan pelajar kolej yang sama, tinggal di taman yang sama, kira-kira pada jam 9 malam. 
Saksi kejadian, Izwan Mustaffa, 30, menemui mayat mangsa ketika mahu membuang sampah di depan rumahnya. Izwan yang dalam ketakutan kemudian memaklumkan penemuan yang mengejutkan itu kepada jiran sebelum menghubungi pihak polis.
Polis yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat. 
Sumber: Bernama
BERITA BERKAITAN: 


Sumber Bekas teman lelaki Nuralya Damia ditahan

0 Response to "Bekas teman lelaki Nuralya Damia ditahan"

Post a Comment