'Motif?? Dah banyak kali tegur di belakang, tak faham bahasa?' - Ude sound bekas isteri

Baru-baru ini, Intan Liana Saleh memuat naik status mengenai anaknya yang dikatakan merindui bapa mereka iaitu, Ude atau nama sebenar Muhammad Radzi Abdul Wahid. 
"Dalam diam bukak fon bonda dengar baba dia main violin. Rindu eh," tulis Intan. 
Bagaimanapun, status itu menimbulkan rasa kurang senang Ude yang mendakwa bekas isterinya itu sengaja memuat naik status tersebut untuk meraih simpati netizen sehingga menyebabkan dia dihencap tanpa henti di media sosial walaupun mereka sudah tiada apa-apa lagi hubungan. 
"Motif?? Rasanya dah bolehlah stop dengan permainan ini. Tak habis-habis ke? Post benda-benda 'poyo' ni, nak ajak makcik-makcik bawang suruh buat dosa banyak-banyak. 
"Ada la segelintir yang acah-acah suci tak ada dosa nak DM dengan caci makian segala bagai (yang mungkin baru keluar dari gua pun ada), itu la, ini la, kerana apa? Kerana post-post yang mengundang (masalah) yang tak berkesudahan ini. 
"Hentikanlah, ini bulan baik tak payah nak main isu sangatlah. Makin diam, makin menjadi-jadi pula," tulis Ude. 
Menurut Ude, dia sudah banyak kali membuat teguran, namun dia mendakwa bekas isterinya itu tidak faham bahasa. 
"Saya jarang nak tegur di Instagram ni. Tapi dah banyak kali tegur di belakang, tak faham bahasa je. Mungkin dengan cara ini (cara awak) boleh buat awak tu faham ye," tulisnya.
Justeru, Ude meminta netizen tidak lagi membawang tentang dirinya lebih-lebih lagi di bulan ramadhan ini. 
"Untuk kebaikan semua pihak dan kepada Persatuan Bawang Malaysia, sudah-sudahlah tu, cukup-cukuplah. Bulan baik ini tak payah nak maki-maki, nak mencabar kesabaran orang. Ada benda yang jauh lagi baik korang boleh buat. Sekian," tulisnya disertakan dengan hashtag #jgnmembawang #mindyourownbusiness. 
Bagaimanapun, status itu telah dipadamkan sejam selepas dimuat naik. 


Sumber 'Motif?? Dah banyak kali tegur di belakang, tak faham bahasa?' - Ude sound bekas isteri

0 Response to "'Motif?? Dah banyak kali tegur di belakang, tak faham bahasa?' - Ude sound bekas isteri"

Post a Comment