'Dengan rela hati saya beri sumbangan untuk bantu kerajaan bayar hutang negara RM1 trilion' - Netizen puji usaha lelaki ini cuba bantu negara

Semenjak Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan di Putrajaya, banyak laporan penyalahgunaan dana kerajaan didedahkan termasuk pendedahan yang mengejutkan dari Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang menyatakan Malaysia menanggung hutang RM1 trilion. 
Pendedahan yang mengejutkan itu membuatkan rakyat kecewa dan marah terhadap kepimpinan terdahulu (Barisan Nasional) yang menjadikan punca rakyat Malaysia terpaksa menanggung hutang itu. 
Bagaimanapun, tampil seorang rakyat Malaysia bernama Sabahbathi Rajalingam dari Selangor yang menulis surat terbuka kepada Jabatan Perdana Menteri untuk menyampaikan 'sumbangannya' bagi membantu kerajaan membayar hutang tersebut. 
"Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya berasa amat gembira dengan kerajaan baru kini. Dengan ini, dengan rela hati saya memberi sumbangan bagi membantu kerajaan membayar hutang negara. 
"Walaupun jumlah sumbangan ini tidak secukupnya dan terlalu kecil, saya percaya usaha saya ini sedikit sebanyak meringgankan beban yang ditanggung kerajaan baru. 
"Di sini saya sertakan jumlah sumbangan sebanyak RM100. Diharap kerajaan baru dapat mentadbir serta mengurus kewangan dan ekonomi negara dengan baik. Semoga Malaysia terus maju," tulis Sabahbathi dalam surat tersebut. 
Gambar surat yang dimuat naik di Facebooknya pada 23 Mac lalu viral meluas di laman itu. Netizen juga tersentuh dengan inisiatif Sabahbathi untuk menyelamatkan Malaysia dan mahu turut serta dalam usaha itu. 
"Saya rasa ini yakin dengan kerajaan baru dan jika Bank Negara boleh mewujudkan akaun khas untuk rakyat memberi sumbangan bagi membantu menyelamatkan negara, saya rasa ia dapat menyelesaikan hutang negara dalam masa yang singkat. 
"Tun Mahathir dan kerajaan baru telah banyak berkorban, ini hanya balasan kecil yang dapat rakyat berikan," tulis Paramjeet Singh Sidhu. 
Malangnya, ada segelintir netizen yang tidak bersetuju dengan cadangan Sabahbathi dan menegaskan rakyat boleh membantu kerajaan dengan membayar cukai pendapatan masing-masing tepat pada waktunya. 


Meskipun inisiatif yang diambil oleh individu berkenaan wajar dipuji dan dibanggakan, namun netizen dinasihatkan tidak menyalurkan sumbangan kepada mana-mana nombor akaun bank bagi mengelakkan ditipu. Tunggu sehingga Bank Negara memberi respon mengenai perkara ini. 


Sumber 'Dengan rela hati saya beri sumbangan untuk bantu kerajaan bayar hutang negara RM1 trilion' - Netizen puji usaha lelaki ini cuba bantu negara

0 Response to "'Dengan rela hati saya beri sumbangan untuk bantu kerajaan bayar hutang negara RM1 trilion' - Netizen puji usaha lelaki ini cuba bantu negara"

Post a Comment