
Menurut anak kelahiran Samporna, Sabah ini, dia tetap teguh dengan prinsip dan pendirian untuk menjadi diri sendiri tanpa perlu dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam menentukan cara dia berpakaian.
"Sekurang-kurangnya saya tidak hipokrit dengan diri mahupun orang lain. Ini adalah diri saya yang sebenar dan rasanya semua pengikut tahu sehingga pernah digelar artis rap seksi.
"Tak cukup itu, ada juga yang keterlaluan melabel saya bukan muslim yang baik dan sebagainya. Jujurnya, saya hairan dengan orang yang mengata ni, seolah-olah mereka benar-benar mengenali saya secara dekat.
"Pada hal mereka tidak tahu pun kehidupan saya bagaimana. Beginilah, biarkan sahaja mereka dengan imaginasi dan fantasi mereka. Yang penting, saya tahu jaga diri sendiri,” katanya seperti yang dilaporkan Utusan.
Pelantun lagu Boleh Jalan ini berkata lagi, walaupun berajuhan dengan kedua ibu bapa namun tidak bermakna keluarganya langsung tidak mengambil tahu perkembangan dan pergerakannya setiap masa.
"Walaupun tidak tinggal bersama dan mereka berada di Sabah, itu tidak bermakna ibu bapa tidak memantau saya di sini.
"Jangan tak tahu, setiap hari mereka akan mengintai di media sosial selain menghubungi saya secara peribadi dan setakat ini, tidak pernah lagi saya dimarahi kerana seksi ataupun dilabel sebagai anak derhaka.
"Setakat netizen nak kecam, saya sebenarnya tidak hairan pun. Asalkan bukan ibu atau ayah saya yang marah,"kata bekas anggota kumpulan Fabulous Cats ini.
Sumber "Sekurang-kurangnya Saya Tidak Hipokrit" - Zizi Kirana
0 Response to ""Sekurang-kurangnya Saya Tidak Hipokrit" - Zizi Kirana"
Post a Comment