Aktres Priyanka Chopra kini berjaya meletakkan dirinya sebagai salah seorang bintang India yang membina karier lakonan di Amerika Syarikat.
Namun kejayaan yang dikecapi itu bukan mudah sebaliknya dia menempuh pelbagai cabaran termasuklah pengalaman yang kurang menyenangkan.
Selain hasilpendapatan yang jauh beza dengan aktres dan aktor di Hollywood, wanita berusia 35 tahun ini juga mengaku pernah gagal mendapatkan tawaran watak gara-gara fizikal dan warna kulitnya dinilai jauh daripada 'standard' yang dimahukan Hollywood.
"Itu terjadi tahun lalu. Saya keluar dari sebuah produksi filem dan salah satu pihak mereka mengatakan pada agen saya bahwa saya tidak layak untuk membintangi filem mereka kerana fizikal saya.
"Jadi saya berfikir, apakah saya harus mengurangkan berat badan? Atau membentuk tubuh saya lebih lagi?.
"Namun agen saya berkata, bukan itu yang mereka mahu, mereka menginginkan bintang yang tidak berkulit coklat. Saya sangat tersinggung dengan alasan mereka itu," dedahnya seperti yang dilaporkan Entertainment Weekly.
Ratu Cantik Dunia tahun 2000 itu bagaimanapun berkata dia tidak peduli dengan penilaian tersebut.
"Tidak ada orang yang mengatakan pelakon wanita memperoleh pendapatan yang lebih sedikit kerana warna kulitnya. Namun banyak studio yang menilai aktres seperti itu," katanya.
Sumber
Kena 'Reject' Sebab Kulit Coklat
Related Posts :
Tiada lagi Arsene Wenger bersama Arsenal...
LONDON: Selepas pelbagai tekanan dan desakan yang meminta Pengurus Arsenal, Arsene Wenger untuk meninggalkan kelab bola sepak itu, akhirnya… Read More...
TMJ jumpa Shakira dan Gerard Pique di kediaman mereka di Barcelona
Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima undangan ke rumah bintang Barcelona, Gerard Pique da… Read More...
Manny Pacquiao janji aksi penuh bertenaga, Matthysse tak gentar berentap idola sendiriKUALA LUMPUR bakal menjadi tumpuan dunia 15 Julai depan apabila legenda peninju dan bekas juara dunia, Manny Pacquiao bakal berentap dengan … Read More...
Program Podium bagus, cuma perlu ditambah baik - Tunku Imran
KUALA LUMPUR: Program Podium merupakan satu program yang bagus dan perlu dikekalkan dengan penambahbaikan, kata Presiden Majlis Olimpik Mal… Read More...
'Memang mengelak kalau nampak dia' - Jihan pernah kena sound tepet oleh Kak Zai
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai status yang telah dimuatnaik oleh pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain yang mendapat pelba… Read More...
0 Response to "Kena 'Reject' Sebab Kulit Coklat"
Post a Comment