Jabatan Narkotik siasat kes tangkapan Rizalman, kata TPM

Ketua Umno bahagian Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar dalam sidang media di Kuala Lumpur, 4 April 2018. ― Foto oleh Razak GhazaliKetua Umno bahagian Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar dalam sidang media di Kuala Lumpur, 4 April 2018. ― Foto oleh Razak GhazaliKUALA LUMPUR, 4 April — Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan melakukan siasatan terhadap kes ketua bahagian Umno Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di ibu negara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita akan lakukan siasatan. Polis akan lakukan siasatan,” kata timbalan perdana menteri yang juga menteri dalam negeri kepada pemberita ketika ditanya mengenai kes berkenaan di sini, hari ini selepas merasmikan Minggu Halal Dunia.

Terdahulu, Rizalman yang mengadakan sidang akhbar pagi tadi menafikan dakwaan beliau terlibat dengan penyalahgunaan dadah selepas ditahan di sebuah kelab hiburan di ibu negara, awal pagi Isnin lalu.

Rizalman dalam sidang akhbar itu percaya dakwaan itu adalah satu perangkap yang bermotifkan politik bagi merosakkan nama baiknya, namun tidak tahu siapa yang melakukannya. — Bernama



Sumber Jabatan Narkotik siasat kes tangkapan Rizalman, kata TPM

0 Response to "Jabatan Narkotik siasat kes tangkapan Rizalman, kata TPM"

Post a Comment