Hina rakyat Sabah, Sarawak pemalas, Mahathir dikecam

Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor media sebagai berkata masyarakat Sabah dan Sarawak ‘bermentaliti rendah’. — Foto ihsan Yusof Mat IsaTun Dr Mahathir Mohamad dilapor media sebagai berkata masyarakat Sabah dan Sarawak ‘bermentaliti rendah’. — Foto ihsan Yusof Mat IsaKOTA KINABALU, 4 April ― Tun Dr Mahathir Mohamad bukan negarawan sejati jika tergamak menghina rakyat Sabah dan Sarawak sebagai golongan malas, kata pembantu menteri kepada ketua menteri Sabah Datuk Mohd Arifin Airif hari ini.

Mengulas kenyataan bekas perdana menteri itu pada satu forum di Kuala Lumpur baru-baru ini, Mohd Arifin kesal dengan tindakan Dr Mahathir itu, yang pernah disegani orang ramai sebagai pemimpin yang lama mentadbir negara.

“Saya berharap itu bukanlah kenyataan beliau (Dr Mahathir). Tetapi kalau itulah kenyataannya, itu sudah tidak betul.

“Kalau beliau telah berkata begitu, ertinya beliau bukanlah seorang negarawan yang melihat rakyat sebagai manusia yang telah diberi akal dan jiwa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di sini.

Mohd Arifin juga meminta agar rakyat di Sabah, khususnya, tidak dipandang rendah oleh sesiapa kerana masing-masing diciptakan dengan fitrah dan kapasiti yang sama.

Pada forum itu, pengerusi Pakatan Harapan itu dilaporkan berkata Sabah dan Sarawak jauh ketinggalan dari segi pembangunan berbanding negeri lain di Semenanjung kerana masyarakatnya “bermentaliti rendah” dan pentadbir dua negeri itu yang tamak dan mahu meraih wang cepat seperti menjual hasil balak negeri ke luar negara. ― Bernama



Sumber Hina rakyat Sabah, Sarawak pemalas, Mahathir dikecam

0 Response to "Hina rakyat Sabah, Sarawak pemalas, Mahathir dikecam"

Post a Comment