Rakyat tiada ‘mood’ mahu tukar kerajaan, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak mendapati mood rakyat untuk menukar kerajaan tidak ada sepanjang mengadakan kunjungan ke akar umbi. — Foto oleh Yusof Mat IsaDatuk Seri Najib Razak mendapati mood rakyat untuk menukar kerajaan tidak ada sepanjang mengadakan kunjungan ke akar umbi. — Foto oleh Yusof Mat IsaPUTRAJAYA, 4 April — Rakyat Malaysia tidak cenderung untuk menukar kerajaan berbanding lima tahun lalu, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

“Daripada kekerapan kunjungan ke akar umbi beberapa minggu ini, saya dapati mood seperti itu tak ada,” kata perdana menteri kepada editor kanan.

“Tiada angin perubahan seperti yang bertiup sebelum pilihan raya umum ke-13.” katanya lagi dalam satu taklimat di pejabatnya.

Beliau yang juga menteri kewangan, berkata negara ini kini berada pada tahap terbaik.

“Tiba masanya dan kita berdiri dengan rekod kita. Kita telah sempurnakan janji yang dibuat dalam pilihan raya umum ke-13,” katanya.

“Lihatlah fakta dan bukan retorik, pencapaian kita tidak boleh dinafikan. Pencapaian kita diiktiraf oleh badan antarabangsa seperti Bank Dunia”.

Pentadbirannya juga berjaya mengelakkan kemelesetan sebanyak dua kali berbanding negara lain yang mungkin gagal melakukannya, kata presiden Umno itu.

Baca seterusnya di Malay Mail



Sumber Rakyat tiada ‘mood’ mahu tukar kerajaan, kata Najib

0 Response to "Rakyat tiada ‘mood’ mahu tukar kerajaan, kata Najib"

Post a Comment