Saksikan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 secara eksklusif di saluran Astro dan Astro GO

ASTRO bakal menyiarkan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 di dua saluran khas dalam versi definisi tinggi (HD) di saluran 823 dan 824 serta definisi biasa (SD) di saluran 821 dan 822.

Ia turut boleh ditonton melalui Astro GO bermula 9 hingga 25 Februari ini.

Pelanggan Pek Sukan Astro boleh menikmati akses kepada dua saluran khas ini di Astro TV dan Astro GO.

Manakala pelanggan NJOI boleh membuat mendapatkan akses melalui NJOI Prepaid dengan harga serendah RM5.00 (termasuk GST).


Sukan Olimpik kali ini tampil dengan sejarah baharu kerana buat pertama kali, dua atlet Malaysia akan bersaing iaitu Julian Yee dan Jeffrey Webb.

Julian Yee akan bersaing dalam acara luncur ais lelaki pada 16 Februari pada pukul 8.55 pagi manakala Jeffrey Webb bersaing dalam acara luncur salji lelaki pada 18 Februari 9.10 pagi.

Acara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang juga akan disiarkan secara langsung pada 9 Februari pada jam 7.00 malam waktu Malaysia.

Bagi pelanggan yang belum melanggan Pek Sukan Astro, anda boleh berbuat demikian melalui saluran 200 atau layari www.astro.com.my.



Sumber Saksikan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 secara eksklusif di saluran Astro dan Astro GO

Related Posts :

0 Response to "Saksikan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 secara eksklusif di saluran Astro dan Astro GO"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.