Polis tahan lelaki pijak, hempas anak sendiri

Suspek kemudian menghantar kedua-dua anaknya untuk rawatan di Hospital Segamat sebelum pihak hospital memaklumkan kejadian itu kepada polis. — Foto ihsan Hospital SegamatSuspek kemudian menghantar kedua-dua anaknya untuk rawatan di Hospital Segamat sebelum pihak hospital memaklumkan kejadian itu kepada polis. — Foto ihsan Hospital SegamatSEGAMAT, 6 Feb — Seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan polis kira-kira 11 pagi tadi bagi membantu siasatan kes penderaan dua anaknya masing-masing berusia lapan dan lima tahun, semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Raub Selamat berkata lelaki itu dipercayai bertindak memukul anak perempuannya berusia lapan tahun sebelum menghempasnya ke lantai dalam kejadian kira-kira 7 pagi semalam di rumah mereka di Segamat Baru di sini.

Beliau berkata lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu kemudian bertindak memijak anak lelakinya berusia lima tahun, manakala isterinya berusia 30-an yang berada di tempat kejadian tidak dapat berbuat apa-apa.

“Suspek kemudian menghantar kedua-dua anaknya untuk rawatan di Hospital Segamat, pihak hospital yang merawat mangsa curiga dengan kecederaan dialami kanak-kanak itu sebelum memaklumkan kejadian kepada polis,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata polis masih menunggu laporan perubatan kedua-dua mangsa dan pihaknya memandang serius kes itu kerana melibatkan penderaan fizikal serta mental terhadap kanak-kanak.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan lelaki itu ditahan reman selama empat hari sehingga Jumaat ini. — Bernama



Sumber Polis tahan lelaki pijak, hempas anak sendiri

Related Posts :

0 Response to "Polis tahan lelaki pijak, hempas anak sendiri"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.