Saham Asia dibuka rendah

TOKYO: Saham Asia susut hari ini selepas ekuiti di Wall Street 'menderita' dengan satu lagi kejatuhan besar di tengah-tengah kebimbangan mengenai kenaikan hasil bon.

Nikkei Jepun merosot tiga peratus, ke arah catatan kerugian mingguan 8.6 peratus.

Indeks meluas bagi saham Asia Pasifik di luar MSCI jatuh 0.8 peratus.

Indeks itu yang mencatatkan rekod tertinggi pada 29 Januari lalu berada pada landasan untuk merekodkan kerugian enam hari berturut-turut atau kerugian mingguan sekitar enam peratus.

Saham Australia susut 1.7 peratus dan KOSPI Korea Selatan jatuh 2.3 peratus.

"Fasa pembetulan dalam ekuiti mungkin berterusan sehingga Februari atau mungkin hingga ke Mac," kata Ahli Strategi Kanan Sumitomo Mitsui Asset Management, Masahiro Ichikawa di Tokyo.

"Kenaikan hasil jangka panjang Amerika Syarikat (AS) perlu dihentikan sebagai penamat dalam fasa pembetulan. Peningkatan ketidaktentuan juga mendorong pelabur menjual aset risiko seterusnya membelikan lebih banyak turun naik."

Pasaran AS kekal sebagai pusat jualan besar-besaran global dengan Dow jatuh 4.1 peratus dan S&P 500 susut 3.7 peratus.

- Reuters



Sumber Saham Asia dibuka rendah

Related Posts :

0 Response to "Saham Asia dibuka rendah"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.