Dua sahabat dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah membunuh seorang kerani bank wanita dengan 78 tikaman di Kepong, lima tahun lalu.
Balasan 78 tikaman
Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan kedua-dua tertuduh, Muhamad Faizul Mohd Ali, 24, dan Muhammad Zal Haziq Razali, 27, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mencapai niat membunuh Rozana Mohd Yusak, 36, di kediaman mangsa iaitu di rumah kedai di Jalan Puncak Desa 2, Kepong, jam 12 tengah malam hingga 1.15 pagi, 21 Disember 2011.
Justeru, pengawal keselamatan dan penganggur itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Balkiah Abd Yazaid manakala tertuduh masing-masing diwakili peguam bela Ariff Azami Hussein dan Saladin Yassin.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Bunuh kerani bank wanita dengan 78 tikaman, 2 sahabat digantung sampai mati"
Post a Comment