Zulhamizan ancam letak jawatan

KUANTAN: Zulhamizan Zakaria sedia melepaskan jawatan selaku jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika skuad itu gagal mencatat keputusan positif dalam tiga aksi Liga Perdana musim ini.

Tiga perlawanan itu termasuk pertemuan dengan Sabah di Stadium di Stadium Likas malam esok diikuti Pulau Pinang pada 24 Februari dan Sarawak (9 Mac).

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, keputusan itu dibuat atas dasar tanggungjawab selepas The Cops merekodkan kekalahan besar 2-6 ketika bertemu FELDA United FC, Selalu lalu.

"Sebagai jurulatih, saya cabar pemain untuk bangkit dan melakukan sesuatu buat pasukan selepas gagal mempamerkan prestasi yang diharapkan dalam dua perlawanan ketika seri 1-1 dengan FELCRA FC dan tewas kepada FELDA United.

"Jika mereka gagal untuk mencatat keputusan positif dalam tiga perlawanan akan datang termasuk pertemuan dengan Sabah esok, saya sedia meletakkan jawatan.

"Ini kerana saya rasa bertanggungjawab jika PDRM gagal mencatat keputusan membanggakan kerana semua pemain yang disenaraikan musim ini adalah pilihan saya sendiri," katanya.

Justeru, Zulhamizan yang juga bekas pemain Pahang berkata, mereka perlu menang ke atas Sabah di Stadium Likas bagi mencari motivasi terbaik.

Katanya, selepas dua perlawanan, PDRM hanya mengumpul satu mata dan ia belum membuktikan kesediaan The Cops untuk mencabar lawan terutama apabila bertemu pasukan lebih berpengalaman.

"Apa yang saya lihat adalah pemain gagal untuk memanfaatkan segala peluang yang ada walaupun mereka mampu berbuat demikian.

"Ia dapat disaksikan ketika kami dibolosi enam gol walaupun pemain boleh memberi tekanan kepada FELDA United pada perlawanan itu.

"Perkara yang sebaliknya pula berlaku apabila pemain terutama jentera pertahanan gagal mengekang lawan dan kesilapan mudah mengundang padah buat pasukan, malah terpaksa menerima hakikat tewas dengan jaringan besar," katanya.



Sumber Zulhamizan ancam letak jawatan

Related Posts :

0 Response to "Zulhamizan ancam letak jawatan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.