Rogol gadis bergilir, sembilan askar ditahan

Semua anggota tentera tersebut ditahan selepas gadis berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Kluang, kira-kira 8.50 pagi semalam. — Foto ReutersSemua anggota tentera tersebut ditahan selepas gadis berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Kluang, kira-kira 8.50 pagi semalam. — Foto ReutersJOHOR BARU, 23 Feb — Sembilan anggota tentera direman tujuh hari bagi membantu siasatan satu kes rogol bergilir-gilir seorang gadis berusia 17 tahun di Kluang, pada pertengahan Disember lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kesemua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan semalam sebelum dibenar reman bermula hari ini.

“Saya mengesahkan (polis menerima) laporan yang dibuat (mangsa). Sembilan yang ditahan direman tujuh hari hingga 1 Mac,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Difahamkan kesemua anggota tentera dari Kem Mahkota, Kluang tersebut ditahan selepas gadis berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Kluang, kira-kira 8.50 pagi semalam.

Difahamkan seorang daripada suspek merupakan teman lelaki gadis tersebut. — Bernama



Sumber Rogol gadis bergilir, sembilan askar ditahan

0 Response to "Rogol gadis bergilir, sembilan askar ditahan"

Post a Comment