“Ketumbuhan Punca Isteri Sukar Hamil” – Fizo Omar

PELAKON Fizo Omar berkata, isterinya Mawar Abdul Karim, 28, pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kecil pada 16 Januari 2016 bersama Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat.

Pun begitu Kata Fizo, dia percaya selain faktor ketumbuhan, ada beberapa faktor lain yang turut menyumbang kepada kesukaran isterinya itu untuk hamil.

Baca artikel sebelum: “Tahniah kepada Mawar dan Fizo” – Pasangan yang belum mempunyai anak, disarankan cuba berubat dengan Dr Hamid Arshat ni, InsyaAllah banyak feedback positif!

“Paling tepat untuk saya katakan, ia berkait-rapat dengan rezeki Allah namun saya percaya beberapa faktor lain turut menyumbang kepada permasalahan itu seperti pemakanan dan tekanan kerja kerana kami memang dikenali sebagai pasangan aktif bekerja.

“Tapi itulah, kalau Allah dah nak bagi… selepas setahun lebih menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan tersebut, akhirnya kami terima berita gembira ini,” katanya kepada mStar Online.
Tambah pemuda kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini lagi, usaha dia dan isteri memperlahankan aktiviti bermain kuda yang menjadi kelaziman sejak beberapa tahun lalu dipercayai turut menyumbang kepada berita gembira ini.

Dalam pada itu, Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 34, turut terbuka berkongsi nasihat kepada pasangan yang masih menunggu zuriat agar terus bersabar dan percaya perancangan Allah itu.

“Terus berdoa, jangan berputus asa dan harus percaya rezeki Allah itu luas. Kalau Dia belum beri kita rezeki anak, mungkin dia beri dulu rezeki kesihatan dan kebahagian yang kita sendiri tidak sedar,” katanya.

Mengambil pengalaman sendiri, kata Fizo ada sebab Allah lambatkan anugerah zuriat di mana dia percaya Allah  mahu mereka menumpukan terlebih dulu kepada perniagaan yang diakui memerlukan pengorbanan masa dan tenaga untuk sesebuah kejayaan.

“Bayangkan kalau Dia bagi rezeki itu serentak! Mana nak jaga anak, mana nak tumpukan pada perniagaan dan pasti ini akan menjadi lebih complicated! Sebab itu saya kata perancangan-Nya Maha hebat… buktinya, kami capai target dalam perniagaan dan tepat waktunya, berita ini pula kami terima,” katanya dengan syukur.

Katanya, kebelakangan ini sea-akankan datang satu keyakinan yang dia akan menerima zuriat pada tahun ini.

“Betul! Naluri dan keyakinan itu dapat saya rasa sehingga setiapkali melintasi premis menjual pakaian dan permainan bayi, saya dan Mawar pasti akan spontan mengeluarkan dialog;

“Sayang, ni mungkin sesuai untuk baby (sambil mereka-reka nama bayi) dan kalau ada orang tengok, pasti ingat kami dah tak betul…,” akhirinya dengan tawa kecil.

mStar Online pada Selasa melaporkan Dr Hamid Arsat menerusi status di Facebook miliknya berkongsi berita gembira apabila Mawar hamil beberapa minggu selepas mendapatkan rawatan dengannya.
Sumber: MStar



Sumber “Ketumbuhan Punca Isteri Sukar Hamil” – Fizo Omar

0 Response to "“Ketumbuhan Punca Isteri Sukar Hamil” – Fizo Omar"

Post a Comment