Piala Sumbangsih JDT menentang Kedah malam ini akan disiarkan di Hypp TV saluran 703. — Foto ihsan Facebook/Football Malaysia LLPKUALA LUMPUR, 3 Feb — Keputusan membatalkan siaran perlawanan Piala Sumbangsih malam ini di saluran perdana TV3 menimbulkan reaksi negatif peminat bola sepak tempatan.
Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) dalam kenyataan berkata pengguna boleh menonton melalui langganan unifi (saluran HyppSports 703).
“Unifi Liga Super 2018 akan membuka tirai malam ini. Jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan sumbangsih di antara Johor Darul Ta’zim menentang Kedah jam 9 malam,” katanya dalam laman rasmi di Facebook.
Seorang pengguna mempertikaikan tayangannya di unifi kerana ia menggunakan data internet berkelajuan tinggi.
“Pengurusan lembab. Tak fikir hal rakyat, pengurusan mengutamakan keuntungan sendiri. Tak semua mampu langgan iflix / unifi dan tak semua ada 4G terutama di Sabah dan Sarawak,” komen pengguna akaun Penjual Kereta.
Pengguna akaun Ibu Arebas Hj Ishak berkata perlawanan perlu ditayangkan di saluran perdana kerana tidak semua peminat bola sepak mampu melanggan unifi.
“Sepatutnya perlawanan yang membabitkan piala dalam Malaysia, biarlah siarkan di tv, ingat pakcik-pakcik tu tahu ke iflix itu apa. Nak majukan sukan tapi tak fikirkan penyokong,” kata Shah Md Shah pula.
Sementara itu TV3, yang sebelum ini mempromosikan tayangan memaklumkan hanya akan menyiarkan perlawanan Liga Super Melaka United menentang Kelantan pada pukul 8.30 malam ini di TV9.
“Dukacita dimaklumkam TV3 tidak akan menyiarkan perlawanan Piala Sumbangsih, JDT v Kedah malam ini.
“Kami juga mewakili pihak Berita Harian dan Harian Metro memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi,” katanya dalam akaun Instagram.
Perlawanan antara JDT menentang Kedah akan berlangsung Stadium Larkin, Johor.
Sumber Peminat marah, siaran JDT vs Kedah di TV3 dibatalkan
0 Response to "Peminat marah, siaran JDT vs Kedah di TV3 dibatalkan"
Post a Comment