Hadi: ‘Haram’ rosakkan undi, ‘dosa paling besar’

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kempen Undi Rosak boleh menyebabkan umat Islam lemah dalam politik, maka ia 'haram'. — Foto BernamaDatuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kempen Undi Rosak boleh menyebabkan umat Islam lemah dalam politik, maka ia 'haram'. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 3 Feb ― Merosakkan undi hukumnya “haram” di sisi Islam dan boleh menjerumus dalam “dosa paling besar”, kata presiden PAS.

Tindakan tersebut, yang digerakkan di media sosial sejak awal Januari, “menempah keburukan yang lebih besar mudaratnya”, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Haram bagi umat Islam melaksanakan agenda memulau pilihan raya atau merosak undi...,” katanya, dengan alasan ia tidak membantu menegakkan kepimpinan umat.

“Kalangan umat Islam yang memulau pilihan raya atau merosak undi adalah menyerah kalah sehingga penentuan kuasa politik diserahkan kepada bukan Islam yang menjadi salah satu dosa paling besar.”

Beliau mengulas kempen dengan tanda pagar #undirosak susulan pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri gabungan pembangkang.

Kempen yang sedang diperdebatkan itu menarik perhatian ramai hingga muncul teratas dalam topik paling hangat di Twitter minggu lalu.

Dalam kenyataan panjang di Facebook, Abdul Hadi berkata kelemahan demokrasi “hendaklah dibetulkan, bukannya membatalkannya atau dipulaukan.”

“[...] pemulauan atau merosak kertas undi adalah menempah kepada keburukan yang lebih besar mudaratnya, apabila melakukan pilihan lebih besar mudaratnya kepada negara dan umat.

“Laksana kebodohan seorang yang memilih perjalanan meredah hutan rimba yang sukar dan berbahaya kerana tidak bersetuju dengan jalan raya yang tidak diturap dengan sempurna,” katanya lagi.

Pakatan Harapan mempertikai kempen #undirosak dengan andaian ia digerakkan oleh penyokong mereka dan tindakan ini menguntungkan Barisan Nasional.

Sementara rata-rata pemimpin negara dan BN pula berhujah kempen ini, yang digerakkan pengundi muda, boleh menjejaskan demokrasi. 



Sumber Hadi: ‘Haram’ rosakkan undi, ‘dosa paling besar’

0 Response to "Hadi: ‘Haram’ rosakkan undi, ‘dosa paling besar’"

Post a Comment