ALOR SETAR, 20 Feb — Seorang atlet timbang bola gaya bebas cedera di muka dan hidung selepas dipukul di kawasan parkir sebuah pasar raya.
Nik Khairul Anuar Iskandar Abdullah, 22, dipukul sewaktu meletakkan lampin ke dalam kereta sekitar jam 8.30 malam kelmarin, lapor Kosmo!.
Serangan tiga individu yang tidak dikenali tersebut menyebabkan beliau pengsan dan diselamatkan orang berhampiran, tambahnya.
“Mereka datang dan terus memukul saya tanpa bercakap apa-apa sebelum melarikan diri,” katanya, yang belum membuat aduan polis.
Nik Khairul, juara Coca-Cola Freestyler Championship 2014 menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Bahiyah.
Sumber Atlet timbang bola pengsan dipukul di parkir pasar raya
0 Response to "Atlet timbang bola pengsan dipukul di parkir pasar raya"
Post a Comment