Fahami prosedur hadapi PRU14, pesan Zahid kepada BN Sabah

BN Sabah perlu realistik dan memantapkan kesetiakawanan bagi memenangi PRU14, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. ― Foto BernamaBN Sabah perlu realistik dan memantapkan kesetiakawanan bagi memenangi PRU14, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. ― Foto BernamaKOTA KINABALU, 20 Feb ― Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Barisan Nasional (BN) Sabah supaya memastikan segala prosedur bagi menghadapi Pilihan Raya Umum  ke-14 (PRU14) difahami.

Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata Ahmad Zahid menyatakan BN perlu realistik dan perlu memantapkan kesetiakawanan bagi memenangi PRU14.

“Kita perlu realistik. Siapa berhasrat mahu jadi calon, mesti ada kredibiliti dan sokongan padu rakyat, tidak kira dia penyandang atau tidak.

“Tetapi ini juga untuk semua negeri di Malaysia, bukan sahaja di Sabah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat BN Sabah yang dipengerusikan Ahmad Zahid di sini malam tadi.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Abdul Rahman juga memberitahu BN sentiasa teliti dalam setiap langkah sebagai persediaan menghadapi PRU akan datang. ― Bernama



Sumber Fahami prosedur hadapi PRU14, pesan Zahid kepada BN Sabah

0 Response to "Fahami prosedur hadapi PRU14, pesan Zahid kepada BN Sabah"

Post a Comment