MELAKA, 20 Feb — Tidak sampai 12 jam tersebar gambar timbalan menteri duduk di depan jalan berlubang sambil berdoa, kerja penurapan selesai.
Datuk Abu Bakar Mohamad Diah duduk bersila di tengah Jalan Bukit Berlian selepas aduan masalah lubang sebulan lalu tidak diambil tindakan.
“Tidak sampai tempoh 12 jam gambar saya berada di hadapan lubang itu dimuat naik, akhirnya semua [lubang] siap ditampal dan diturap.
“Mungkin dengan cara begini [tular] ia lebih berkesan,” kata timbalan menteri sains, teknologi dan inovasi seperti dilapor Harian Metro.
Abu Bakar, ahli parlimen Tangga Batu, bimbang keadaan jalan yang dibiarkan berlubang akan mencederakan penduduk kawasan parlimennya.
Gambarnya menadah tangan di depan lopak yang agak besar di Facebook mendapat lebih 1,300 reaksi. Lebih 200 pengguna berkongsi foto itu.
Sumber Wakil rakyat doa, jalan berlubang terus ditampal
0 Response to "Wakil rakyat doa, jalan berlubang terus ditampal"
Post a Comment