Tekad Untuk Kurus, Usaha Enam Bulan Sekeluarga Ini Berhasil

Tekad Untuk Kurus, Usaha Enam Bulan Sekeluarga Ini Berhasil

Foto: boredpanda.com

Usaha tangga kejayaan. Itulah yang dilakukan sekeluarga ini untuk tampil kurus dan fit dalam masa enam bulan.

 

Dengan sokongan dan motivasi, seorang jurufoto dari China, Jesse, 32 tahun, mengajak keluarganya untuk menurunkan berat badan dan ia jelas berhasil.

 Ibu dan bapa Jesse.

Menerusi boredpanda.com, Jesse berkongsi dia dan keluarga komited dalam bersenam dan berlari selama enam bulan. Segalanya bermula apabila ibunya berpindah dan tinggal bersama mereka bagi menjaga isterinya yang sedang berbadan dua.

 

Kesempatan masa terluang bersama keluarga digunakan sebaiknya apabila Jesse mengajak bapanya yang mengusahakan perniagaan buluh untuk turut sama menurunkan berat badan.

 Rutin di gimnasium.

Mempunyai tabiat minum minuman beralkohol sehingga perut buncit, mereka memulakan misi kurus ini dengan berjalan dengan laju dan kemudiannya ditingkatkan ke aktiviti jogging. Selain itu, mereka turut ke gimnasium untuk sesi latihan dan mengeluarkan peluh.

 

Bagi memantau sebarang perubahan, mereka mencatat perkembangan masing-masing setiap 10 hari. Bermula dari tarikh 10 Mac hingga 30 Septemper yang lalu, mereka komited dan displin dengan rutin senaman sehingga terpancarnya perubahan yang nyata pada fizikal masing-masing, tiada lagi lemak degil.

 Aktiviti olahraga sebagai permulaan.

Melihat bapanya kembali menjadi seorang lelaki berkeyakinan benar-benar membahagiakan Jesse dan ikatan kekeluargaan juga semakin erat.

 

Buat anda yang jadikan misi kurus sebagai resolusi 2018, ambil kisah ini sebagai inspirasi. Set sasaran dan masa yang diperuntukkan, kami yakin anda juga boleh menjadi seperti Jesse dengan adanya displin dan kesungguhan.



Sumber Tekad Untuk Kurus, Usaha Enam Bulan Sekeluarga Ini Berhasil

Related Posts :

0 Response to "Tekad Untuk Kurus, Usaha Enam Bulan Sekeluarga Ini Berhasil"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect