“Salah Faham Sudah Selesai” - Kamal Adli

“Salah Faham Sudah Selesai” - Kamal Adli

Hubungan kembali jernih. (Pic: Instagram @kamaladli)

Enggan memanjangkan lagi kontroversi hubungannya dengan Emma Maembong yang dikatakan dingin, pelakon kacak, Kamal Adli, mengambil jalan selamat untuk tidak lagi terus larut dengan cerita berkenaan.

Ia sekaligus meletakkan pendirian Kamal untuk terus menyelamatkan hubungannya dengan pelakon bertudung itu yang terjalin sejak beberapa tahun lalu.

Ada pihak tidak menyenangi hubungan mereka.

Malah Kamal turut menyelar orang sekeliling Emma Maembong untuk tidak bersikap batu api di dalam hubungan mereka sekali gus mengeruhkan keadaan.

Kamal sedar ada pihak yang tidak menyenangi hubungan yang terjalin di antara mereka.

"Saya berharap orang sekeliling janganlah jadi batu api. Cucuk sana cucuk sini. Kami sudah berbaik dan hubungan ini macam biasa. Masalah antara saya dengannya kira sudah selesai.

Hanya salah faham.

"Apa yang berlaku hanya salah faham. Jadi tak perlu diperbesarkan lagi ini. Saya sebagai lelaki cuba perbaiki dan jernihkan keadaan," katanya.

Tambah pelakon Sha & Shah ini lagi, dia tidak mahu memanjangkan lagi isu ini.

"Macam saya cakap tadi, hal ini sudah selesai. Saya tak mahu komen lagi kerana nanti ia akan berlarutan," katanya ketika ditemui di acara sidang media Anugerah Skrin 2017.

Jernihkan keadaan.

Sensasi hubungan Emma dan Kamal sebelum ini dikatakan retak selepas pelakon lelaki itu memuat naik status berbunyi doakan yang baik baik di laman Instagram.

Kononnya ia berpunca apabila wujud orang ketiga membabitkan pelakon Zahirah Macwilson ketika dia dan kamal bergandingan dalam drama Duda Pujaan Dara.

Emma pula terus membisu dan meninggalkan tanda tanya dengan memuat naik status berbaur sesuatu yang bagai mengesahkan ada sesuatu yang hambar dalam jalinan hubungan mereka.



Sumber “Salah Faham Sudah Selesai” - Kamal Adli

Related Posts :

0 Response to "“Salah Faham Sudah Selesai” - Kamal Adli"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect