Evelyn Ang Gek Suan (kanan) parah selepas dirempuh sebuah kereta dari arah belakang ketika menyertai Larian Klang City International Marathon, 10 Disember 2017. — Foto ihsan Facebook/August Man RunKLANG, 10 Dis — Sebuah kereta merempuh tiga peserta Larian Klang City International Marathon, mengakibatkan seorang daripadanya parah.
Evelyn Ang Gek Suan, 44, parah di kepala dan rahang manakala Amiruddin Hamid, 37, cedera di kepala dan Ahmad Hadafi Jus, 42, cedera di kaki, lapor Harian Metro.
Ketua polis daerah Klang Utara berkata kereta yang dipandu lelaki 28 tahun merempuh mereka, dari arah belakang, di Jalan Kapar Batu 2 menuju Kapar, sekitar jam 4.30 pagi tadi.
"[...] keadaan cuaca terang berlampu dan kemalangan berlaku pada awal pagi," kata ACP Mazelan Paijan.
Beliau berkata mangsa dibawa menaiki ambulans ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber Kereta rempuh peserta larian, wanita parah dua cedera
0 Response to "Kereta rempuh peserta larian, wanita parah dua cedera"
Post a Comment