Ustazah menghembuskan nafas terakhirnya sejurus selepas lahirkan bayi lelaki



KG.KEBAKAT,TUMPAT – “Teringat lebih daripada teringat, dua tiga hari tidak mahu makan dan minum susu. Dia berlari ke dapur mencari ibunya lepas itu menangis kerana tidak jumpa.”


Demikian ujar seorang jurutera kilang di Alor Gajah, Melaka, Mohd. Hasbullah Mohamed Yasin, 32, menceritakan keadaan anak perempuan sulungnya, Nurul Huwaina Arissa berusia setahun empat bulan selepas kehilangan ibu 10 hari lalu.



Lebih menyedihkan, wanita itu, Nurul Shuhadat Mohd. Daud, 32, seorang ustazah dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak, Melaka menin ggal dunia semasa melahirkan anak keduanya, Muhammad Hayyan di Hospital Besar Melaka.

Bayi lelaki tersebut selamat dilahirkan secara normal dengan berat 3.17 kilogram pada pukul 12.21 tengah malam pada 22 Disember lalu.



Mohd. Hasbullah berkata, selepas kejadian tersebut, anaknya, Nurul Huwaina Arissa begitu merindui arwah isterinya yang mesra dengan panggilan ‘mama’.

“Nurul Huwaina memang rapat dengan ibunya. Setiap malam dia akan tidur berpelukan dengan arwah isteri. Dia masih kurang mengerti bahawa ibunya sudah pergi buat selama-lamanya. Dua ke tiga hari selepas ibunya meni nggal dia tidak lalu makan dan minum susu.

“Dia berlari ke dapur mencari ibunya, melihat ke kerusi yang selalu ibunya duduk tetapi tidak berjumpa. Selepas itu dia akan menangis kerana tidak jumpa. Malah, apabila terjaga pada tengah malam dia akan memanggil mamanya,” katanya ketika ditemui di Kampung Kebakat di sini semalam.

Menceritakan semula detik tersebut, Mohd. Hasbullah berkata, keadaan isterinya stabil selepas melahirkan zuriat mereka dan arwah beriya-iya mahu memberikan nama kepada bayi lelaki itu.

“Saya sempat azan dan iqamat di telinga anak kedua kami sebelum doktor mengarahkan saya keluar untuk prosedur seterusnya. Kira-kira pukul 2 pagi, pihak hospital memaklumkan keadaannya stabil dan perlukan rehat.

“Kira-kira pukul 3 dia koma dan terus tidak sedarkan diri sebelum men inggal dunia. Doktor memberitahu punca kejadian berpunca daripada darah beku menyerang paru-parunya,” ujarnya tenang.

Jenazah isterinya dibawa pulang ke kampung halaman dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Selehor, Kok Pasir di sini.

Katanya, dia kini bercadang untuk mencari kerja di Kelantan selepas ini bagi memastikan kedua-dua anaknya mendapat perhatian dan kasih sayang secukupnya semasa membesar.

Mohd. Hasbullah kini menggalas tanggungjawab untuk membesarkan kedua-dua anaknya.

“Isteri ini jodoh yang baik dengan saya, dia amat mengambil berat tentang saya. Sifat penyayangnya itu terhadap keluarga ini akan sentiasa dirindui. Dia pergi dalam keadaan mengejut namun saya tetap reda.

“Ini dugaan ketiga buat keluarga saya, pada Mac tahun lalu bapa saya, Mohamed Yasin Mohamed meninggal dunia diikuti kakak sulung, Norhayati pada Ogos lalu meni nggal akibat dem am den ggi berdarah di Hospital Selayang,” katanya.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, kem atian Nurul Shuhadat itu kerana melahirkan anak tergolong dalam golo­ngan syahid kecil.

Beliau berkata, mati syahid ini menurut Islam terbahagi kepada dua iaitu syahid besar dan syahid kecil manakala kaum wanita yang menin ggal dunia kerana mel ahirkan anak termasuk dalam kalangan para syuhada.

“Bukan sahaja wanita men inggal dunia semasa melahirkan, malah m ati lemas, kem alangan, m ati dalam keba karan juga dianggap sebagai syahid kecil.

“Cumanya jenaz ah mereka yang syahid kecil ini perlu diuruskan se­perti biasa berbeza dengan golongan yang gugur di medan pera ng ketika berjuang membela Islam (syahid besar),” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber artikel : menujukebenaran

Sumber Ustazah menghembuskan nafas terakhirnya sejurus selepas lahirkan bayi lelaki

0 Response to "Ustazah menghembuskan nafas terakhirnya sejurus selepas lahirkan bayi lelaki"

Post a Comment