MIRI: Akses jalan raya berturap bukan hanya memberi manfaat kepada penduduk luar bandar, tetapi menjadi laluan mudah kepada ‘tokan da d ah’ menjual sy ab u.
Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni mengakui ‘tokan d ad ah’ mula masuk ke kampung-kampung untuk menjual dad a h kepada pelajar luar bandar.
“Saya menyedari terdapat masalah da da h dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan mereka dikesan positif dadah setelah saringan air kencing dilakukan.
“Walaupun bilangan positif kecil tetapi dikhuatiri berlaku peningkatan sekiranya tidak dibendung,” katanya kepada Utusan Borneo di sini.
Lukanisman berkata, ekoran harga dada h jenis syabu kini semakin murah dan mudah didapati maka pelajar tidak mempunyai masalah membeli barangan terlarang itu.
“Punca golongan pelajar mengambil d adah adalah terpengaruh dengan rakan sebaya dan ingin mencuba serta kurangnya kesedaran mengenai kesan buruk pengambilan d adah,” jelasnya.
Pada masa sama, pujukan rakan sebaya serta rasa tidak mahu jatuh ‘air muka’ apabila dicabar menjadi punca utama pelajar terbabit mengambil dad ah.
“Di kawasan bandar keadaan turut membimbangkan dan saya turut menahan pelajar sedang mengambil g anja di kawasan Taman Tunku dan menyerahkan mereka kepada ibu bapa masing-masing untuk diberi kaunseling,” katanya.
Lukanisman menarik perhatian bahawa masalah dadah perlu dilihat sebagai tanggungjawab bersama dan masyarakat perlu peka dengan isu dadah di kawasan mereka.
Agensi Antid adah Kebangsaan (AADK) juga telah melakukan operasi khas bagi menangkap penagih dikenal pasti malah bagi daerah Subis, jawatankuasa ‘One Stop Comittee’ ditubuh untuk menangani masalah dad ah.
gambar hiasan
“AADK juga menjalankan aktiviti melatih sukarelawan bagi membantu agensi terbabit mengenal pasti masalah dadah di kawasan setempat.
“Sekiranya ketagihan da dah tidak terkawal serahkan anak-anak dan rakan anda kepada AADK untuk mendapat rawatan,” katanya.
D adah adalah punca kepada masalah sosial lebih kritikal seperti menc uri, keruntuhan rumah tangga dan jenaya h lain.
oleh Mohamad Norhadie Sahari
Artikel dari utusan borneo
Sumber Jalan berturap akan memudahkan lagi aktiviti pengedaran da dah - Sibuti Lukanisman
0 Response to "Jalan berturap akan memudahkan lagi aktiviti pengedaran da dah - Sibuti Lukanisman"
Post a Comment