Harga barangan sekolah naik 40 peratus, kata CAP

Tinjauan CAP di beberapa premis menunjukkan harga kelengkapan sekolah meningkat antara 30 hingga 40 peratus. — Foto ReutersTinjauan CAP di beberapa premis menunjukkan harga kelengkapan sekolah meningkat antara 30 hingga 40 peratus. — Foto ReutersGEORGE TOWN, 28 Dis — Harga kelengkapan sekolah meningkat antara 30 hingga 40 peratus berbanding tahun lalu.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berkata tinjauan pihaknya di beberapa premis, menunjukkan “jumlah ini besar” dan “mengurangkan perbelanjaan lain”, lapor Berita Harian.

“Andaikan peningkatan sebanyak 30 peratus, ibu bapa terpaksa membelanjakan tambahan RM45 bagi setiap anak mereka yang bersekolah, berbanding tahun lalu,” kata SM Mohamed Idris.

“Ibu bapa perlu juga perlu memberi keutamaan kepada keperluan lebih penting seperti menyediakan makanan berkhasiat, membayar yuran sekolah, perpustakaan, sukan, tuisyen dan tambang bas sekolah”.

Mahu budaya “membeli kelengkapan persekolahan baru setiap tahun” dihapus, beliau juga menggalakkan ibu bapa mengguna pakai semula barangan yang masih baik.



Sumber Harga barangan sekolah naik 40 peratus, kata CAP

Related Posts :

0 Response to "Harga barangan sekolah naik 40 peratus, kata CAP"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect