Guru jadi ‘ahli sihir’, ‘puteri’ ceriakan murid baru

Seorang guru berpakaian seperti ahli sihir dan seorang lagi mengenakan bunga di kepala ketika menyambut kedatangan murid Tahun Satu SK Putrajaya Presint 11 (2) pada 28 Disember 2017. — Foto Bernama RadioSeorang guru berpakaian seperti ahli sihir dan seorang lagi mengenakan bunga di kepala ketika menyambut kedatangan murid Tahun Satu SK Putrajaya Presint 11 (2) pada 28 Disember 2017. — Foto Bernama RadioPUTRAJAYA, 28 Dis — Sebanyak 320 murid Tahun Satu pada sesi persekolahan 2018 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(2) di sini teruja dan ceria apabila disambut oleh guru besar dan guru-guru yang berpakaian ala watak kisah dongeng pada sesi orientasi hari ini. 

Guru besar Nor Aizah Ismail mengenakan pakaian dan topi ahli sihir seperti watak dalam filem Harry Potter sementara ada guru wanita yang mengenakan gaun labuh berwarna pastel dan memakai mahkota bak puteri dalam kisah dongeng selain kelihatan juga guru yang memakai mahkota diperbuat daripada bunga. 

Beliau dan guru-guru sekolah itu memilih untuk berpakaian mengikut watak dalam kisah dongeng bertujuan menimbulkan perasaan ceria serta sentiasa bersemangat dalam kalangan murid-murid Tahun Satu untuk ke sekolah.

“Murid yang melangkah ke Tahun Satu sebenarnya mengalami peralihan dari alam bermain kepada alam persekolahan. Sebelum ini mereka banyak menghabiskan masa dengan menonton pelbagai cerita.

“Jadi dengan berpakaian begini murid-murid akan teringat watak-watak yang pernah mereka tonton, sekali gus membuatkan mereka tidak takut untuk ke sekolah, malah lebih yakin dan gembira,” katanya yang turut mengedarkan kotak pensil berisi set alat tulis kepada murid-murid yang hadir. 

Selain itu, Nor Aizah berkata jumlah murid Tahun Satu bagi sesi persekolahan 2018 merupakan tertinggi yang pernah dicatatkan sekolah itu. 

Pada sesi orientasi hari ini ibu bapa yang menemani anak mereka diberikan taklimat dan buku teks, sementara murid-murid dibawa ke kantin untuk dilatih membeli makanan dan minuman dengan berbekalkan RM3 setiap seorang. 

Seorang murid yang menghadiri sesi orientasi hari ini Afza Amir Kushairi, tujuh, berkata dia seronok memasuki Tahun Satu di sekolah itu kerana sebelum ini sudah menjalani kelas prasekolah di sekolah sama. 

“Saya bangun enam pagi tadi dan seronok dapat lihat cikgu semua pakai baju cantik-cantik hari ini,” katanya lagi. — Bernama



Sumber Guru jadi ‘ahli sihir’, ‘puteri’ ceriakan murid baru

Related Posts :

0 Response to "Guru jadi ‘ahli sihir’, ‘puteri’ ceriakan murid baru"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect