Mereka-mereka ini sebenarnya bukanlah genius. Namun, mereka ini adalah golongan yang tidak mengenal erti putus asa. Tiada jalan mudah untuk berjaya. Percayalah, anda pun mampu melakukan apa yang mereka lakukan.
Usaha secara berterusan, pedulikan kata orang. Mereka tidak melalui apa yang kita lalui. Sesiapapun boleh berjaya, asalkan usaha ada, mental kuat, berani mencuba sesuatu yang baru walaupun pelik, anda Insyallah akan berjaya.
Philip Hampson adalah seorang hartawan perniagaan Amerika dan dermawan.Beliau yang juga bekas bintang olahraga Universiti Oregon, melancarkan Nike di Portland, Oregon pada tahun 1968 selepas menjual kasut sniker di but keretanya.
Dalam tempoh beberapa tahun selepas itu, Nike terus berkembang sehingga menjadi gergasi pemasaran sukan global, menyaingi jenama Jerman, Adidas, yang lebih dulu berada di pasaran. Logo syarikat itu, swoosh dan motto, `Just Do It’ kini sudah sebati dengan dunia sukan.
Strategi pemasaran Philip sangat mudah. Beliau tidak bergantung kepada pengiklanan untuk menjual produk-produknya tetapi Philip menggunakan atlet sukan untuk menggayakan hasil produknya. Dengan stategi bijak Philip, peningkatan hasil jualan NIKE meningkat pada tahun 1970.
Kejayaan demi kejayaan dikecapi oleh Philip sepanjang tahun 1980 dengan menggunakan strategi yang sama. Nike adalah sebuah perbadanan multinasional dalam rekabentuk, pembangunan dan pemasaran diseluruh dunia dengan menghasilkan penjualan kasut, pakaian, aksesori dan peralatan sukan.
Secara ringkas, ini 5 perkara yang boleh dipelajari daripada perjalanan hidup Phil Knight dalam membangunkan Nike.
#1- Yakin Pada Diri Sendiri
Keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri berjaya membuatkan Knight memecahkan kata-kata orang yang tidak percaya pada kemampuan yang dimilikinya. Ayat keramat yang dilafazkan pada waktu pagi tahun 1962 iaitu :
“Let everyone else call your idea crazy … just keep going. Don’t stop. Don’t even think about stopping until you get there, and don’t give much thought to where ‘there’ is. Whatever comes, just don’t stop.”
Berpegang pada kata-kata itu, Knight berjaya mengetepikan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya sehingga dia berjaya barada pada kedudukan sekarang.
#2- Obses Terhadap Sesuatu
Obses terhadap sesuatu dan akan berusaha sedaya upaya untuk melakukannya sehingga membuahkan hasil yang diimpikan. Beliau seorang yang obses terhadap kasut.
Kerana itulah Knight jadi yakin dan percaya dengan apa yang dilakukan sebagai jurujual kasut. Sedangkan sebelum itu dia kurang berjaya ketika menjual ensiklopedia dan securities.
#3-Tahu Ambil Kesempatan
Ketika beliau terjun dalam bidang perniagaan pada tahun 1962, beliau tidak tahu apa-apa. Tetapi, oleh kerana tahu ambil kesempatan dengan perkembangan semasa membuatkan syarikatnya memperolehi banyak keuntungan.
Hal disebabkan kumpulannya mempunyai keupayaan untuk menilai, menaksir dan memenuhi permintaan pasaran Beliau beruntung kerana berjaya menubuhkan sebuah pasukan yang hebat dan bijak dalam menggunakan setiap peluang yang datang dengan tepat dan cepat.
#4- Pandai Menilai Orang
Phil Knight mempunyai kemahiran yang baik dalam menilai orang di mana ia banyak membantu dalam pemilihan rakan kongsi awal, pekerja, ahli kumpulan dan juga memahami pengguna yang akan membeli kasutnya.
Dia mempercayai mereka dan menganggap semua pekerja pada awal penubuhan, rakan kongsi dan pasangan hidupnya adalah penting dalam kejayaannya selepas itu.
#5- Menghormati Pendapat Orang Lain
Sikap terpuji yang boleh dijadikan contoh adalah sikap Knight yang bersifat terbuka dalam mendengar pendapat orang lain meskipun ia datang daripada seorang pekerja bawahan.
Ketika Knight mencadangkan nama Dimension Six bagi menggantikan nama syarikat, pekerja pertamanya, Jeff Johnson telah mencadangkan nama Nike yang bermaksud tuhan kejayaan dalam bahasa Greek kepada Knight. Ia menepati budaya dan matlamat syarikat.
Bagi logo bentuk swoosh pula, Knight telah mengupah Carolyn Davidson, seorang pelajar senireka grafik dari Universiti Portland State dengan bayaran $35 pada 1971.
Knight mengatakan logo yang dilukis Davidson itu guna satu tema sahaja bagi menggambarkan pergerakan Walaupun Knight berpendapat ianya kelihatan seperti bentuk kilat dan simbol tanda right yang gemuk, tetapi akhirnya ia tetap digunakan sebagai logo Nike selepas ditambah baik oleh Davidson.
Namun, Knight seorang yang mengenang budi, selepas 12 tahun, Davidson dihargai dengan cincin berlian ukiran swoosh dan stok Nike.
Sumber 5 Perkara Yang Anda Boleh Pelajari Daripada Pengasas Jenama Dunia Nike, Phill Knight.
0 Response to "5 Perkara Yang Anda Boleh Pelajari Daripada Pengasas Jenama Dunia Nike, Phill Knight."
Post a Comment