Datuk Seri Ahmad Husni letak semua jawatan dalam parti termasuk sebagai bendahari Umno dan Barisan Nasional

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meletak semua jawatan dalam parti, termasuklah sebagai bendahari Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ahmad Husni Letak Jawatan Dalam Umno, BN

Ahmad Husni Letak Jawatan Dalam Umno, BN

Bekas Menteri Kewangan II ini juga meletak jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Tambun dan beberapa jawatan dalam Umno Perak, menurut setiausaha politiknya Datuk Shamsul Zairil Kamaruddin.

Peletakan jawatannya dibuat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Isnin, mengumumkan bahawa Husni memaklumkan kepadanya mengenai hasrat untuk bersara daripada Kabinet.

“Jadi saya menghormatinya, beliau sudah bersedia untuk bersara,” kata Najib pada sidang akhbar.

Datuk Johari Abdul Ghani telah mengambil alih portfolio Ahmad Husni.

 

Sumber: MStar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Datuk Seri Ahmad Husni letak semua jawatan dalam parti termasuk sebagai bendahari Umno dan Barisan Nasional"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect