Gadai nyawa untuk sampai ke Perancis

NEVACHE: Pendatang Afrika semakin ramai mengharungi kawasan pergunungan Alps diliputi salji dalam usaha mengelak polis imigresen untuk sampai ke Perancis dari Itali, sering menggunakan laluan berbahaya altitud tinggi membawa maut.

Pergunungan Alps menyaksikan salji tebal selama beberapa minggu selepas musim sejuk lebih awal, menjadikan usaha menyeberangi sempadan lebih sukar dan berbahaya berbanding tahun sebelumnya.

"Kematian akan berlaku pada bila-bila masa sekarang. Ada banyak bahaya yang boleh membawa tragedi," kata Jean-Gabriel Ravary, seorang pengemudi pergunungan di bandar Alpine di sini. Beliau sudah bekerja selama 42 tahun di rantau itu.

Bandar ini boleh dimasuki menggunakan laluan Echelle antara Itali dan Perancis serta terletak pada ketinggian 1,762 meter.

Suhu sering menurun kepada negatif 20 darjah Celsius pada musim sejuk, belum termasuk keadaan angin.

Ada laluan lebih mudah melalui Montgenevre namun ia dikawal ketat polis sempadan.

Jika pendatang berada di sebelah Perancis, mereka berdepan risiko sesat, menurut aktivis kerana tanda arah sudah dikeluarkan.

Alain Mouchet, seorang sukarelawan dan pendaki gunung yang menganjurkan aktiviti malam untuk mencari pendatang terkandas berkata, antara 10 dan 12 orang tiba di kawasan itu setiap hari.

Polis baru-baru ini menyelamatkan seorang lelaki muda dari Guinea yang ditimpa runtuhan salji, menggunakan helikopter.

Dia berkaki ayam, menurut seorang pengemudi dikenali sebagai Etienne.

"Dia melalui kesukaran di Libya, di Mediterranean dan kini sekali lagi di Perancis," katanya. -AFP



Sumber Gadai nyawa untuk sampai ke Perancis

Related Posts :

0 Response to "Gadai nyawa untuk sampai ke Perancis"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect