MIRI: Tiga pusat pemindahan masih dibuka di Sarawak, menempatkan seramai 240 mangsa banjir, selepas kediaman dinaiki air ke paras bahaya hingga jam 9 pagi ini.
Pusat pemindahan itu ialah di Dewan Masyarakat Mendamit,Dewan Masyarakat Ukong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Menuang, masing-masing di bahagian Limbang, utara negeri ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Banjir, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, berkata kawasan yang masih berlaku banjir di Sarawak ialah di Mendamit, Ukong dan sebuah rumah panjang di Melaban Lubai.
"Banjir di Sarawak hanya berlaku di kawasan utara setakat ini," katanya hari ini.
Beliau berkata, semua penduduk masih diminta mengambil langkah berjaga-jaga, berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang.
Sumber Tiga pusat pemindahan banjir di Sarawak
0 Response to "Tiga pusat pemindahan banjir di Sarawak"
Post a Comment