168 penumpang terjejas selepas juruterbang mengambil keputusan kembali ke lapangan terbang sebelum berlepas. ― Foto Reuters KUALA LUMPUR, 23 Dis — Pesawat AirAsia dari Chennai ke Kuala Lumpur terpaksa membatalkan penerbangan selepas seekor burung terlanggar bahagian kiri enjin.
Portal Times of India melaporkan 168 penumpang terjejas selepas juruterbang mengambil keputusan kembali ke lapangan terbang sebelum berlepas.
“Kejadian itu berlaku selepas enjin sudah bersedia untuk berlepas dan pesawat bersedia meninggalkan landasan.
“Ia berlaku masih di peringkat awal. Juruterbang mengambil keputusan menghentikan pesawat,” kata seorang pegawai kepada portal itu.
Kejadian sama turut dilaporkan bulan lalu selepas pesawat menuju ke Doha tidak meneruskan penerbangan.
Baca selanjutnya di Malay Mail.
Sumber Burung masuk enjin, 168 penumpang ke Kuala Lumpur terjejas
0 Response to "Burung masuk enjin, 168 penumpang ke Kuala Lumpur terjejas"
Post a Comment