Harussani berkata perbuatan berkenaan adalah haram dan jelas bertentangan dengan hukum Islam.― Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 23 Dis — Mufti Perak hari ini menyelar perbuatan segelintir remaja Islam yang memberi penghormatan terakhir kepada seorang artis Korea pada Khamis.
Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata perbuatan berkenaan adalah haram dan jelas bertentangan dengan hukum Islam.
“Tidak boleh. Haram kalau buat kerja macam itu. Kalau artis atau individu itu orang Islam, kita hadiahkan al-Fatihah.
“Kalau bukan Islam, takkan hendak doakan syurga pula?
“Sudahlah dia bunuh diri, kenapa hendak ikut budaya kafir? Buat apa?” katanya kepada Astro Awani.
Peminat yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar dilihat membawa plakad dan bunga bagi memperingati artis tersebut. ― Foto oleh Firdaus LatifKira-kira 100 peminat mendiang Kim Jong Hyun dari pelbagai kaum berhimpun di Dataran Merdeka pada malam Khamis dengan membawa belon dan lilin.
Mereka yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar dilihat membawa plakad dan bunga bagi memperingati artis tersebut.
Penyanyi berusia 27 tahun itu dijumpai tidak sedarkan diri di sebuah hotel di Seoul pada Isnin dan meninggal dunia ketika berada di hospital.
Polis menyifatkan kematian Kim sebagai membunuh diri selepas meninggalkan sekeping nota sebelum kejadian.
Sumber Haram ikut berkabung artis Korea, kata mufti Perak (VIDEO)
0 Response to "Haram ikut berkabung artis Korea, kata mufti Perak (VIDEO)"
Post a Comment