10 dulang barang kemas dianggarkan bernilai RM1.5 juta dilarikan dari sebuah kedai emas dalam pasar raya besar di Rawang, dekat sini semalam. ― Foto ihsan Facebook/Mohd RaimyKUALA LUMPUR, 23 Dis ― Sekurang-kurangnya 10 dulang barang kemas yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta dilarikan dari sebuah kedai emas dalam pasar raya besar di Rawang, dekat sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supt Tey Kong Seng berkata dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, empat lelaki bersenjatakan pistol, parang dan tukul menyerbu masuk ke kedai berkenaan yang terletak di tingkat satu sebelum melarikan diri.
“Dua lagi suspek bertindak menunggu di tempat letak kenderaan dan kesemua suspek memakai topi keledar serta berpakaian hitam,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata dalam kejadian itu, tiada pekerja ataupun orang awam yang mengalami sebarang kecederaan dan usaha mengesan kesemua suspek masih dijalankan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata, katanya. ― Bernama
Sumber
Rompak sepuluh dulang barang kemas, polis buru empat lelaki
Related Posts :
This Unicorn-Themed Floating Bouncy 'Island' Is Perfect For Your Inner Child
Image: Facebook/Inflatable Island Ph
Unicorn lovers, unite on this island!
If you're a fan of pink-coloured stuff or if you think the unic… Read More...
This Malaysian Started A Crowdfunding Campaign To Help Reduce Our National Debt
Image: Nik Shazarina Bakti
Finance Minister Lim Guan Eng announced last week that Malaysia's debt has reached a shocking RM1 trillion… Read More...
Syafiq bersahaja, peminat tertanya-tanya
PENYEBARAN video seorang lelaki tampil berbogel dan melakukan perbuatan tidak senonoh menerusi panggilan video, yang didakwa melibatkan akt… Read More...
“Yelah Kawan, Tapi 'Part' Cari Fasal Tu Aku Tak Faham” – Sharifah Amani Tegur Dira Abu Zahar
Pelakon Sharifah Amani menegur status Dira Abu Zahar yang menyifatkan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai 'YB Budak-b… Read More...
If There’s One Local Album You Should Listen To Today, This Is It
“Have you heard of a Malaysian band called Kaya?” was the message I received one morning, to which I replied, “Yessir, I have!”.
In fact, j… Read More...
0 Response to "Rompak sepuluh dulang barang kemas, polis buru empat lelaki"
Post a Comment