Pernah dengar kategori usahawan solopreneur? Secara ringkasnya, ia adalah gelaran untuk pemilik bisnes yang menjalankan operasi bisnes secara berseorangan (one man show) atau kurang dari 5 orang pekerja, banyak menggunakan pendekatan outsourcing – seperti bayar pekerja freelance di dalam atau luar negara untuk kerja-kerja tertentu dan mempunyai matlamat bisnes yang tersendiri. Matlamat biasanya berkait rapat dengan kepuasan peribadi.
Tim Ferriss merupakan salah seorang usahawan solo yang melakar kejayaan dalam bidang perniagaan. Pada tahun 2001, beliau mengasaskan jenama bisnes suplemen kesihatan online iaitu Brain Quicken. 9 tahun kemudian, beliau jual bisnesnya kepada sebuah syarikat di London.
Antara bukunya yang popular dan dibaca jutaan orang seluruh dunia adalah The 4-Hour Workweek. Buku The 4-Hour Workweek juga antara kenderaan yang membantu Tim Ferriss untuk hidup bebas sebagai solopreneur. Sehingga kini, ia telah terjual 1.35 juta naskah. Buku ini pernah ditolak oleh 25 penerbit sebelum berjaya melakar kejayaan.
Hakikatnya usahawan solo berani untuk bergantung pada diri sendiri bagi menjana pendapatan, dengan harapan untuk memperoleh kepuasan peribadi dalam kehidupan.
Salah satu aspek yang sering dianggap remeh oleh usahwan solo ini ialah pemasaran. Walaupun anda menggunakan media sosial sebagai platform perniagaan namun cara anda kurang efektif akibat mengikut orang lain.
Terdapat 5 rahsia pemasaran media sosial yang anda perlu tahu sekiranya bergerak solo sebagai seorang usahawan untuk mencipta kejayaan dalam dimensi anda sebagai usahawan solo.
#1-Perspektif Daripada Pengguna, Bukannya Anda.
Segala jenis bahan-bahan pemasaran yang ditulis sebelum dimuatnaik ke laman sosial media mestilah diteliti secara rapi terlebih dahulu. Bahan penulisan tersebut mestilah ditulis daripada perspektif pengguna bukan anda sebagai penjual.
Rentetan daripada setiap perkataan, ayat dan cerita tentang produk dan perkhidmatan yang anda jual ditulis bakal membantu menukarkan mereka daripada hanya pengunjung kepada pembeli berbayar.
#2-Jangan Cerita Tentang Apakah Dan Bagaimana, Tetapi Mengapa.
Banyak jenama di luar sana yang gagal bercerita tentang mengapa mereka perlu dipilih oleh pengguna dan menggunakan produk atau perkhidmatan mereka. Pengguna perlukan jawapan kenapa jenama itu perlu dibeli dan bukannya jenama lain.
Penggunaan ayat tanya yang tepat bagi merungkai persoalan pengguna dapat membantu pengguna membuat keputusan tepat untuk membeli produk jualan anda. Apa yang anda jual perlu menyelesaikan sesuatu masalah dalam kehidupan pengguna.
#3- Kandungan Web Yang Baik.
Selalunya pembeli yang bijak akan membuat kajian di paparan internet sebelum memilih untuk menikmati produk dan perkhidmatan yang anda jual.
Hal ini kerana, pengguna akan mencari jawapan yang kukuh sebelum mempercayai keberkesanan produk yang anda jual. Mereka juga akan mencari anda di Google atau enjin pencarian lain sebelum kepercayaan diberikan.
Laman web rasmi anda pasti akan mereka tuju untuk jawapan sama ada jenama anda boleh dipercayai ataupun tidak.
#4-Status (80 Peratus Ilmu Pengetahuan, 20 Peratus Promosi Dan Jualan)
Jika anda ingin pastikan pengguna singgah melewati laman sosial media anda, anda perlu menjadi penjual yang kreatif. Jangan hanya sajikan pengguna dengan produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan sahaja tetapi sentiasalah mempelbagaikan hidangan info-info menarik tentang dunia perniagaan.
Berkongsilah tentang kemeriahan berita-berita semasa, rahsia kejayaan tokoh-tokoh perniagaan supaya atau lain-lain yang berkaitan supaya dapat menarik lebih ramai pengikut laman sosial media untuk singgah di laman anda. Sesekali selitkan hidangan produk jualan anda supaya pengikut anda tidak bosan hanya melihat paparan produk jualan anda sahaja setiap hari.
#5-Jaga Pengalaman Pengguna Terhadap Produk
Pengalaman pelanggan anda amat-amat penting. Pastikan ia satu pengalaman yang baik dan mengujakan bagi mereka apabila produk atau perkhidmatan anda digunakan kerana mereka mampu menularkannya kepada orang lain.
Jangan main-main dengan pemasaran mulut-ke-mulut. Kuasa pemasaran sebegini mampu menaikkan jenama anda, pada masa yang sama mampu juga menjahanamkan anda sekiranya pengalaman sebaliknya berlaku.
Selalulah berhubungan dengan pengguna produk dan perkhidmatan anda kerana ianya memberi impak jangka masa pendek dan jangka masa panjang terhadap kebaikan produk jualan anda.
Sumber 5 Rahsia Pemasaran Media Sosial Untuk Usahawan Solo Dalam Bisnes
0 Response to "5 Rahsia Pemasaran Media Sosial Untuk Usahawan Solo Dalam Bisnes"
Post a Comment