SELEPAS fenomena ‘
Harlem Shake’ yang pernah memeriahkan dunia ini tidak lama dahulu, kini muncul pula ’Panama Dance Challenge’.
Fenomena itu tidak terlepas daripada ‘menjangkiti’ warga Malaysia, yang turut menyaksikan beberapa selebriti terkemuka tanah air seperti Fasha Sandha dan Sari Yanti menari dengan iringan lagu tersebut.
Terbaharu, bukan sahaja selebriti dan orang ramai menyahut cabaran itu, malah anggota perkhidmatan awam turut bersama mengikut gelombang tular itu dengan merakamkan aksi mereka menari lagu tersebut dalam uniform masing-masing.
Antaranya anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) cawangan Gua Musang, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis, juga kakitangan daripada beberapa Jabatan Kesihatan dan hospital dari serata negara.
Anda lihatlah sendiri, masing-masing menampilkan bukan sahaja sesuatu yang lain dari persepsi biasa khalayak tentang tugas mereka, tetapi kreativiti yang tidakkurang hebat apabila setiap daripada mereka boleh dikatakan menari dengan kareografi yang berbeza!
Ia sebenarnya sejenis cabaran tarian berdasarkan lagu ‘
Panama’ nyanyian penyanyi Romania, Matteo yang diterbitkan pada 2013, tetapi mula popular ke seluruh dunia apabila cabaran ‘Panama Dance’ ini mula tular sejak akhir tahun lepas.
Apa salahnya, sesekali legakan tekanan kerja dengan menari, baik untuk kesihatan juga kan?
Sumber
Abang bomba, JPJ sahut Panama Dance Challenge!
Related Posts :
Selepas viral cerita Emma Maembong sudah berkahwin dengan abang menteri, akhirnya Cacha maembong tampil jelaskan apa yang sebenarnya berlaku...
Adik kepada aktres Emma Maembong, pelakon Chacha Maembong menafikan dakwaan kakaknya sudah berkahwin dengan Syed Abdullah Syed Abdul Rahm… Read More...
'Tolong jangan cakap bukan-bukan, biarkan arwah isteri saya pergi dengan tenang' - Suami
Keluarga kepada seorang suri rumah yang ditemui lemas di Tasik Taman Bandar, Indera Mahkota di sini semalam meminta netizen tidak lagi me… Read More...
"Jangan Nanti Sampai Bila Nak Mati Baru Terhegeh-hegeh Cari Kami" - Ina Naim
Isteri kepada bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad iaitu Ina Naim menjelaskan bahawa tindakannya memadam dan menyekat akau… Read More...
Nenek Berbangsa Cina Ini Menjaga Cucunya Yang Beragama Islam, Apa Yang Dilakukannya Membuatkan Ramai Netizen Kagum Dan Hormat
Respek, Nenek Cina Ini Menjaga Cucunya Yg Beragama Islam, Apa Yang Dilakukannya Membuatkan Netizen Kagum. Seorang nenek berbangsa Cina pe… Read More...
Dikecam 'Tentera Bawang' Kerana Ceraikan Isteri Selepas 2 Minggu Berpantang, Ini Luahan Ikhlas Dari Hati Daus AF8 Khas Untuk Anaknya...
Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia 8 (AF8), Daus mendedikasikan ucapan khas untuk anaknya yang baru dua minggu lahir, Ay… Read More...
0 Response to "Abang bomba, JPJ sahut Panama Dance Challenge!"
Post a Comment