7 Model  Membuat Keputusan Pemasaran Yang Terkenal

“Sesuatu produk bukanlah produk andainya tidak boleh dijual. Produk itu hanyalah sebuah objek muzium.”

– Ted Levitt-

Beberapa tahun dahulu, Profesor Neil Borden dari Harvard Business School mengenal pasti beberapa aktiviti pemasaran yang mampu mempengaruhi pelanggan.

Termasuklah membuat panggilan tentang produk yang ingin dijual, memberikan sampel percuma, menyumbang artikel bagi media, dan menaja acara.

Borden menyarankan supaya kesemua aktiviti mix marketing ini dirancang dengan sebaiknya bagi mendapatkan impak yang maksimum.

Berikut merupakan 7 model membuat keputusan pemasaran yang terkenal yang boleh anda adaptasi ke dalam perniagaan anda mengikut kesesuaian.

#1-Braindaid

Sebuah modela marketing mix yang fleksibel dan difokuskan kepada barangan pelanggan. Elemen yang terlibat adalah pengeluar, pesaing, peruncit dan persekitaran. Model ini dibuat dengan penggunaan creative judgement, historical analysis, tracking, field experiementation dan adaptive control.

#2-Call Plan

Sebuah model yang membantu jurujual menentukan berapa banyak panggilan yang perlu dilakukan kepada setiap pelanggan dan prospek dalam satu-satu masa.

Model ini mengambil kira masa perjalanan serta masa bagi jualan. Model ini diuji di syarikat United Airlines, apabila kumpulan yang menggunakannya berjaya menaikan jualan sebanyak lapan peratus.

#3-Detailer

Model yang membantu jurujual menentukan pelanggan mana yang harus dipanggil dan produk apa yang patut dipersembahkan pada setiap panggilan.

Model ini dibentuk, khasnya bagi jurujual syarikat farmasi yang menghubungi doktor yang sibuk dan tidak mampu melihat lebih daripada tiga produk pada satu-satu masa. Ujian model ini membuatkan penambahan keuntungan yang memberangsangkan.

#4-Geoline

Model yang membantu dalam membentuk kawasan jualan atau perkhidmatan yang memenuhi tiga prinsip : saiz setiap kawasan bersamaan dengan saiz sasaran jualannya, setiap kawasan terdiri daripada kawasan-kawasan yang berjiran, dan kawasan-kawasan itu adalah padat. Kejayaan beberapa aplikasi model ini dilaporkan.

#5-Medial

Model yang membantu pengiklan membeli iklan bagi tempoh setahun. Model perancangan iklan ini termasuklah market segment delination, sales potential estimating, diminishing marginal returns, timing issues dan competitor media schedule.

#6-Promoter

Menilai promosi jualan dengan menentukan baseline sales (nilai jualan tanpa promosi) dan mengukur pertambahan daripada baseline dan kaitanya dengan promosi.

#7-Adcad

Mencadangkan jenis iklan seperti berbentuk humor, kehidupan harian dan sebagainya yang patut digunakan dalam mencapai maklumat pemasaran sesuai dengan ciri-ciri produk, pasaran sasaran dan situasi pesaing.



Sumber 7 Model  Membuat Keputusan Pemasaran Yang Terkenal

Related Posts :

0 Response to "7 Model  Membuat Keputusan Pemasaran Yang Terkenal"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect