22 tahun abai Perjanjian Malaysia, PBS kecam Dr M

Dr Mahathir tidak pernah mengambil tindakan mengenai MA63 sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri, kata Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. — Foto oleh Yusof Mat IsaDr Mahathir tidak pernah mengambil tindakan mengenai MA63 sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri, kata Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. — Foto oleh Yusof Mat IsaPENAMPANG, 18 Nov ― Komitmen Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengkaji Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak boleh dipercayai, kata Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Timbalan ketua menteri Sabah berkata bekas perdana menteri itu tidak menggunakan kuasanya berbuat demikian selama 22 tahun menerajui negara.

“Pada masa itu tiada tempat dan peluang untuk membincangkan isu berkenaan secara terbuka.

“Sebarang perbincangan mengenai MA63 dan dokumen lain yang berkaitan dengan penubuhan Malaysia dianggap terlarang.

“Dr Mahathir tidak pernah mengambil sebarang tindakan mengenai MA63 sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri.

“Kenapa pula tiba-tiba berjanji akan mengkaji isu itu pada masa ini?” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Pairin berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Kongres Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-32 di sini hari ini.

Dr Mahathir pada September dilaporkan berkata Pakatan Harapan akan mengkaji semula MA63 jika menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 



Sumber 22 tahun abai Perjanjian Malaysia, PBS kecam Dr M

Related Posts :

0 Response to "22 tahun abai Perjanjian Malaysia, PBS kecam Dr M"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect