Lepas Najib, giliran Zahid lawat Anwar di hospital

Zahid memuat naik sekeping gambar bersama isteri Datin Seri Hamidah Khamis ketika melawat Anwar di hospital. — Foto ihsan Facebook/ZahidZahid memuat naik sekeping gambar bersama isteri Datin Seri Hamidah Khamis ketika melawat Anwar di hospital. — Foto ihsan Facebook/ZahidKUALA LUMPUR, 18 Nov — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima rawatan selepas menjalani pembedahan pada Ahad lepas di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Baru sahaja menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selesai menjalani pembedahan bahu kanan di HKL baru-baru ini. Semoga beliau cepat sembuh,” kata Ahmad Zahid dalam catatan di Twitter dan Facebook.

Turut dimuat naik sekeping gambar timbalan perdana menteri dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis ketika melawat bekas ketua pembangkang itu.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor juga meluangkan masa melawat Anwar di HKL.

Pada 22 September lalu, Anwar, yang mendapat rawatan untuk masalah kesihatannya di HKL, terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari hospital berkenaan ke Penjara Sungai Buloh.

Anwar dilaporkan menjalani pembedahan artroskopi susulan kecederaan di bahu kanannya. — Bernama 



Sumber Lepas Najib, giliran Zahid lawat Anwar di hospital

Related Posts :

0 Response to "Lepas Najib, giliran Zahid lawat Anwar di hospital"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect