Sebelum ini, Aliff Syukri menerima kritikan hebat netizen kerana lagu Bobo Dimana yang dianggap tidak sopan dan memaparkan unsur lucah.
Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia melalui stesen Radio Hot fm mengenai video lagu tersebut
Bobo Dimana merupakan nyanyian penyanyi dangdut kontroversi Indonesia, Lucinta Luna yang berkolaborasi dengan Aliff Syukri dan seorang lagi usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.
Sehingga kini, video muzik tersebut menjadi trending nombor satu di laman Youtube dan menerima hampir empat juta tontonan.
Beliau memaklumkan beliau hanya memenuhi jemputan menyanyi bersama penyanyi Indonesia Lucinta Luna
sumber : Hotfm
Artikel diambil dari https://ift.tt/2OH2L7u
Artikel berkaitan
Diminta Tukar Tarian Bobo Di Mana, Aliff Syukri Terima Teguran Netizen
Nama usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi bualan selepas ditegur oleh netizen mengenai tarian dalam lagu terbarunya, Bobo Di Mana.
Menerusi sebuah entri di Instagram, Aliff telah memuat naik foto paparan skrin yang menunjukkan dialog di ruangan 'Ask Me Question' bersama netizen tersebut.
"Lagu Bobo Di Mana memang best, cuma tariannya sahaja yang berbaur lucah, kalau boleh tukarlah tariannya," tulis netizen.
"Okay, nanti saya tukar cara tarian dan buat video baru, saya akan cari penari yang boleh mengajar saya," respon Aliff di ruangan kapsyen entri tersebut.
Di ruangan komen, beberapa netizen berpendapat kemunculan Nur Sajat dan Lucinta Luna dalam video itu agak kurang disenangi.
Video lagu yang mencetuskan kontroversi ini sudah mula berada di YouTube sejak enam hari yang lalu.
Sumber : IG Datuk Seri Aliff Syukri
Artikel dipetik dari https://ift.tt/2zmyKVt
Sumber
Datuk Terlajak Laris Akhirnya Akur Dengan Kehendak Rakyat Malaysia Dan Membuat Permohonan Maaf Secara Terbuka Kepada Semua...
0 Response to "Datuk Terlajak Laris Akhirnya Akur Dengan Kehendak Rakyat Malaysia Dan Membuat Permohonan Maaf Secara Terbuka Kepada Semua..."
Post a Comment