Dikurniakan seorang cahaya mata, Cinta Sumayyah, 6, hasil perkahwinan bersama Khairul Anuar Hussin pada 2010, dia akui bukan mudah untuk mereka berdua saling berjauhan.

“Semestinya pertandingan ini menuntut komitmen maksimum jika saya mahu buktikan kredibiliti sebagai seorang penyanyi termasuk menghadiri sesi latihan mahupun raptai atau aktiviti berkaitan.

“Disebabkan faktor demikian, saya pasti tidak punyai banyak masa untuk bersama Cinta seperti sebelum ini. Bagaimanapun saya bersyukur kerana memiliki suami yang boleh diharapkan untuk mengisi ‘kekosongan’ tersebut,” ujarnya kepada Utusan Online.