TERANGNYA. Kat mana aku ni? Mata aku tak dapat melihat dengan jelas. Yang aku tahu tubuh aku ditolak-tolak. Aku dapat rasakannya. Cumanya aku tak dapat bangun. Semua saraf aku sudah dilumpuhkan. Ya, aku baru tahu. Aku sekarang di bilik pembedahan. Aku sedang dibedah!
Tersedar diri sedang dibedah!
“Scalpel.” “Suction.” Sruppp…
Aku boleh dengar, aku boleh rasakan tubuh aku dibedah. Mereka menyentuh organ-organ aku. Kau tahu istilah kesedaran anestesi? Bila mana kau tersedar sewaktu pembedahan dijalankan ke atas diri kau, tapi kau tak mampu nak buat apa-apa pun. Kau patung. Kau keras atas katil ni.
“Tolong potong yang ini.”
“What the…? Woi, aku terjaga sekarang! Woi, tolong berenti! Tolonglah!” jerit aku meminta diorang berhenti tapi itu cuma suara hati aku, mana diorang dengar. Aku terdengar bunyi drill. Aku cuak. Bunyi itu kuat hingga aku dengar seperti tulang rusuk aku dipotong.
Zeeettt…
Getaran tu aku rasa tanpa kesakitan. Darah tiba-tiba merecik banyak, aku bertambah cemas. Ketakutan yang amat sangat. Please, tolong berhenti. Aku hendak sahaja menangis. Tetapi menangis pun aku tak mampu nak buat sekarang.
“Bleeding. Suction, please.”
Menjadi patung tak mampu berbuat apa-apa seperti ini adalah menyeksakan. Kau berteriak macam mana pun kau tetap diperlaku begini. Dirobek, disiat hidup-hidup seperti ini buatkan kau rasa nak mental.
Ia berlangsung selama lima jam! Ini adalah lima jam paling neraka pernah aku lalui sepanjang hidup aku.
*SETAPAK DALAM GELAP adalah buku yang menghimpunkan lebih 30 kisah paranormal, horror dan thriller terbitan Buku Pojok. Memetik kata-kata penulisnya, Ocik Baim, “Sudah tiba masanya untuk kita keluar daripada stereotaip cerita seram.
Banyak perkara yang boleh buat kita rasa seram daripada penglibatan hantu itu sendiri.” – Whatsapp ke 011-2906 1240 atau terus ke SETAPAK DALAM GELAP untuk pembelian buku.
Sumber: Sinar Harian
0 Response to "Terjaga semasa pembedahan"
Post a Comment