Ini adelah antara patung yg di miliki pesakit terkena ganguan sihir/saka. Malaikat tidak akan masuk rumah yang ade patung besar dn kecil kecuali malaikat maut. apabila malaikat tidak masuk, jin dan syaitan akan senang masuk dan mudah terkena gangguan. keluarkanlah patung2 yg besar atau kecil utk mengelakkan daripada gangguan syaitan dan jin. perempuan yg akil baligh yg main patung hukumnya adalah haram. wallahuallam.
“Ini adalah patung yang dimiliki pesakit gangguan sihir dan saka” – Perempuan akil baligh yang main patung hukumnya adalah haram, benarkah?
Saya cuma memberi ilmu dn pengalaman kebaikan kepada orang supaya orang islam tahu . terpulang pada masing2 nak buang atau tidak yg baik datg dari allah yg tidak baik dtg dari kejahilian diri kite sendiri..
Anak patung mainan dibenarkan dalam Islam
SOALAN: Ada kawan memberitahu semua anak patung mainan anak saya ketika kecil dahulu mesti dibuang kerana ia akan menyebabkan rumah tidak dimasuki malaikat. Adakah kerana saya sayang hendak membuang permainan itu dan harganya mahal.
JAWAPAN: Secara asasnya memang benar terdapat riwayat daripada Imam Muslim bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada gambar.” Menurut ulama, hadis itu menjelaskan bahawa semua jenis patung yang tidak memberi sebarang makna dan faedah adalah haram untuk dijadikan perhiasan.
Lebih teruk lagi apabila patung itu yang disembah oleh golongan bukan Islam. Patung bersifat lucah juga termasuk dalam larangan hadis itu.
Walaupun begitu, sebahagian ulama seperti alShawkani, alQardhawi, alZuhayli dan ramai lagi mengecualikan pengharaman terhadap anak patung mainan kanak-kanak kerana terdapat dalil diriwayatkan oleh Imam alBukhari dan Muslim, Aisyah berkata: “Aku selalu bermain anak patung di rumah Rasulullah SAW. Adakalanya rakan-rakanku datang untuk bermain bersamaku. Suatu hari Nabi SAW datang kepada kami, semua kami terus bersembunyi kerana takutkan Baginda Nabi SAW. Namun begitu, Nabi SAW tidak pula kelihatan marah (apabila melihat patung mainan di tangan mereka), tetapi Nabi SAW datang dan turut kelihatan bermain dengan mereka.”
Imam al-Shawkani berpendapat, hadis itu membuktikan anak patung mainan kanak-kanak adalah dibenarkan dalam Islam. Namun, ia perlulah menepati beberapa syarat antaranya bukan daripada patung yang disembah oleh golongan bukan Islam.
Bukan patung yang digunakan untuk tujuan pemujaan, patung yang boleh membawa kepada khurafat serta mendorong kepada maksiat dan kemungkaran.
Hak Cipta Terpelihara © 2017 – BH Online
New Straits Times Press (M) Berhad (4485-H)
Via: Norazman Albanjary
Sumber “Ini adalah patung yang dimiliki pesakit gangguan sihir dan saka” – Perempuan akil baligh yang main patung hukumnya adalah haram, benarkah?
0 Response to "“Ini adalah patung yang dimiliki pesakit gangguan sihir dan saka” – Perempuan akil baligh yang main patung hukumnya adalah haram, benarkah?"
Post a Comment