Tanah runtuh di Tanjung Bungah, 20 pekerja tertimbus

Kira-kira 15 hingga 20 orang pekerja tapak pembinaan dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kawasan pembinaan bangunan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, 21 Oktober 2017. — Foto ihsan Twitter/bernamadotcomKira-kira 15 hingga 20 orang pekerja tapak pembinaan dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kawasan pembinaan bangunan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, 21 Oktober 2017. — Foto ihsan Twitter/bernamadotcom

GEORGE TOWN, 21 Okt—Kira-kira 15 hingga 20 orang pekerja tapak pembinaan dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kawasan pembinaan bangunan  di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, di sini hari ini.

Jurucakap  Pusat Gerakan dan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihak JBPM menerima panggilan pada 8.57 pagi dan setiba di tempat kejadian, difahamkan terdapat 15 hingga 20 orang mangsa yang tertimbus di dalam tanah runtuh.

“Kami mendapat tahu antara 15 hingga 20 mangsa mungkin tertimbus dalam kecerunan tanah dianggarkan 10 metre dan kita telah memulakan usaha mencari dan menyelamat,” katanya.

Setakat 11 pagi, difahamkan dua orang mangsa berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan yang turut melibatkan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.—Bernama



Sumber Tanah runtuh di Tanjung Bungah, 20 pekerja tertimbus

Related Posts :

0 Response to "Tanah runtuh di Tanjung Bungah, 20 pekerja tertimbus"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect