Beri rakan kad ATM, jurujual terperangkap kes tipu lebih RM300,000

Seorang bekas jurujual berdepan kerugian lebih RM360,000 selepas rakannya menggunakan kad ATM miliknya dalam sindiket penipuan dalam talian.—Foto AFPSeorang bekas jurujual berdepan kerugian lebih RM360,000 selepas rakannya menggunakan kad ATM miliknya dalam sindiket penipuan dalam talian.—Foto AFP

SEREMBAN, 21 Okt — Seorang bekas jurujual berdepan kerugian lebih RM360,000 selepas rakannya menggunakan kad ATM miliknya untuk sindiket penipuan dalam talian.

Yee Yong Kuan mendakwa dia meminjamkan kad itu kepada rakannya Poon Wei Lun, 27, pada 28 Jun lalu kononnya mahu mengeluarkan gaji yang dimasukkan majikan, lapor Kosmo!.

“Kerana mempercayainya saya memberikan dia satu kad ATM yang jarang digunakan untuk dia mengeluarkan wang gaji yang dimasukkan majikan. Sejak dari itu dia gagal dihubungi,” katanya.

Namun hujung Ogos lalu, dia terkejut apabila polis memaklumkan akaun banknya terlibat dalam penipuan pinjaman wang tidak wujud dalam talian dengan kerugian lebih RM360,000.

Yee bimbang dirinya diburu mangsa penipuan kerana namanya digunakan oleh sidiket itu, ditambah pula sebanyak 26 aduan polis dibuat mangsa terhadapnya di seluruh negara.

Dia membuat laporan polis di balai polis Seremban pada 5 September lalu dan didenda RM8,600 atas tiga pertuduhan oleh sebuah mahkamah di sini, pada keesokannya.

Yee turut mendakwa pernah direman 15 hari di beberapa buah balai polis untuk membantu siasatan kes itu dan bakal berdepan 25 lagi kes sama selepas ini.



Sumber Beri rakan kad ATM, jurujual terperangkap kes tipu lebih RM300,000

Related Posts :

0 Response to "Beri rakan kad ATM, jurujual terperangkap kes tipu lebih RM300,000"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect