Pelakon Amyra Rosli menerima hadiah sebuah kereta daripada suaminya selepas melahirkan bayi lelaki minggu lalu. ― Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 21 Okt ― Pelakon Amyra Rosli menerima hadiah sebuah kereta daripada suaminya selepas melahirkan bayi lelaki minggu lalu.
Amyra, 26, dalam Instagram memuat naik gambar bayinya sedang memegang kunci kereta.
“Kamu adalah orang paling baik pernah kami jumpa. Kami sangat bertuah dapat seorang ayah seperti kamu.
“Terima kasih untuk hadiah ini dan semua perkara-perkara indah yang kamu lakukan,” tulis pelakon drama Suamiku Encik Sotong.
Amyra berkahwin dengan pelakon Amar Baharin, 32, pada November tahun lalu dan dikurniakan anak sulung yang belum diberi nama di Pusat Perubatan Prince Court Ahad lalu.
Sumber Lahirkan bayi lelaki, Amyra Rosli dapat hadiah kereta
0 Response to "Lahirkan bayi lelaki, Amyra Rosli dapat hadiah kereta"
Post a Comment