Rita Rudaini mahu mengelak daripada berlakon dengan lelaki muda kerana tidak mahu dilihat seperti pasangan ‘ibu dan anak’.—Foto ihsan Instagram/Rita Rudaini
KUALA LUMPUR, 21 Okt — Pelakon Rita Rudaini mahu digandingkan dengan pelakon lelaki “sedikit berumur” yang sesuai dengan usianya kini yang mencecah empat dekad dalam drama lakonanya.
Rita, 41, berkata beliau sering bergandingan dengan aktor lelaki muda dan kini mahu mengelak dilihat seperti lakonan “ibu dan anak”, lapor Kosmo!.
“Sebagai pelakon, saya perlu menitikberatkan dengan siapa gandingan saya agar nampak lebih sepadan serta mudah untuk kami mencipta keserasian dalam lakonan.
“Bukan kelak ia kelihatan seperti ibu dan anak. Alhamdulillah, jika difikirkan sehingga kini saya masih diberi watak utama dalam sesebuah tawaran lakonan.
“Hal itu membuatkan saya perlu menjaga kualaiti lakonan dan pelakon yang akan digandingkan bersama,” katanya seperti dilapor akhbar.
Pelakon filem Anak Mami itu kini sedang menjalani penggambaran drama 50 episod bertajuk Seputih Cinta Rangbulan terbitan Global Station Sdn Bhd.
Sumber Rita mahu hero berumur, enggan lakonan macam ‘ibu dan anak’
0 Response to "Rita mahu hero berumur, enggan lakonan macam ‘ibu dan anak’"
Post a Comment